Tips Kesihatan : 5 Kebaikan Susu Kambing
Hello semua, hari ini tcm nak kongsi dengan anda semua mengenai kebaikan yang dapat kita semua perolehi daripada susu kambing. Susu kambing boleh didapati daripada kambing betina setelah melahirkan anak. Sama seperti manusia, dalam jangka masa 1-3 hari, kambing betina akan menghasilkan susu kolostrum yang kaya akan vitamin seperti vitamin A, B, B2, C dan D.
Selain itu, susu kambing juga memiliki laktosa, nitrogen, kalsium, zat besi, fosfor dan protein.
5 Kebaikan Susu Kambing
Oleh kerana, terdapat banyak sebenarnya manfaat yang dapat kita semua perolehi daripada susu kambing. Hari ini tcm akan kongsikan antara 5 Kebaikan daripada susu kambing.
1. Menurunkan Berat Badan
Baca sahaja kebaikan yang pertama ini pasti ramai yang tertanya-tanya betul ke ni? Jawapanya adalah betul. Susu kambing merupakan salah satu minuman untuk program diet anda. Ia dapat membantu anda mendapatkan tubuh yang sihat dan langsing. Minum susu kambing setelah makan, mampu membantu tubuh untuk membakar lemak dengan lebih cepat.
2. Menjaga Kesihatan Jantung
Jantung merupakan salah satu organ utama kita yang sangat penting. Jadi, kita hendaklah sentiasa menjaga kesihatan jantung. Salah satu cara adalah dengan bersenam. Bersenam yang paling baik adalah apabila ia diiringi dengan makanan atau minuman yang sihat. Sebagai contoh, anda boleh minum susu kambing yang kaya akan kalsium dan sangat berkhasiat.
3. Membantu Menguatkan Tulang
Seperti yang kita semua tahu, kalsium sangat baik sekali untuk mendapatkan tulang yang sihat. Susu kambing kaya akan kalsium serta ia mempunyai peranan yang sangat besar di dalam pembentukan dan menguatkan tulang. Selain itu, ia juga dapat menambahkan tenaga dan mencegah daripada masalah pereputan tulang (osteoporosis).
4. Melancarkan Sistem Pencernaan
Sistem pencernaan yang sihat dapat mencegah seseorang itu daripada pelbagai jenis masalah kesihatan seperti sembelit dan buasir. Antara kebaikan susu kambing yang dapat diperolehi bagi menyihatkan sistem pencernaan kita adalah daripada sifat alkalinya yang mampu melancarkan sistem pencernaan kita. Pengambilan secara konsisten mampu mencegah masalah pencernaan.
5. Dapat Menyihatkan Kulit
Tahu tak, selain baik untuk kesihatan, susu kambing juga bagus untuk kulit kita. Ia dapat digunakan sebagai masker wajah dan skrub. Kesan daripada penggunaan tersebut, kulit wajah kita akan semakin halus dan pori-pori wajah juga akan semakin mengecil. Penggunaan susu kambing secara konsisten dapat membuatkan kulit kita bebas daripada masalah seperti jerawat dan sebagainya.
Kesimpulannya
Berikut diatas merupakan beberapa kebaikan yang telah tcm senaraikan yang dapat kita perolehi daripada susu kambing. Terdapat banyak lagi kebaikan yang tidak disenaraikan. Kesimpulannya, susu kambing sememangnya merupakan salah satu minuman berkhasiat yang baik untuk kita amalkan. Selain membantu kita menjadi lebih sihat..
kita juga boleh menjadi semakin cantik dengan menggunakan susu kambing. 😉
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
https://www.google.com/#q=kebaikan+susu+kambing
http://disehat.com/manfaat-susu-kambing-untuk-kesehatan/
http://www.magwuzz.com/2014/04/manfaat-susu-kambing-etawa-bagi-kesehatan.html