Tips Kesihatan : 5 Kebaikan Yogurt
Hai semua, hari ini tcm nak kongsikan mengenai kebaikan yang dapat kita perolehi daripada yogurt. Sebelum itu, jom tcm kongsikan dahulu mengenai yogurt. Yogurt adalah sejenis minuman yang berasaskan susu yang dibuat melalui penapaian bakteria. Yogurt dapat dihasilkan daripada pelbagai jenis susu termasuk ekstrak kacang soya. Akan tetapi, yogurt yang dihasilkan pada masa kini banyak dihasilkan dari susu lembu.
Penapaian gula susu (laktosa) menghasilkan asid laktik. Ia memainkan peranan di dalam susu protein bagi menghasilkan tekstur seperti gel dan aroma yang unik dalam yogurt.
Oleh kerana terdapat banyak pengeluar kini yang menghasilkan minuman yogurt, kita dapat membeli dengan memilih daripada pelbagai jenis yogurt yang boleh didapati di dalam pelbagai jenis perisa seperti semulajadi, buah-buahan dan sebagainya. Lebih menguntungkan lagi apabila minuman ini bukan sahaja dapat memberikan kita rasa yang sedap dan segar, ia juga amat baik sekali untuk kesihatan dan kecantikan kita.
Proses Penghasilan Yogurt
Jom kita tengok bagaimana yogurt dihasilkan. Yogurt dihasilkan dengan memasukkan bakteria yang tertentu ke dalam susu pada persekitaran yang terkawal. Bakteria tersebut seterusnya menelan gula susu semulajadi dan seterusnya melepaskan asid laktik sebagai bahan buangan. Keasidan yang meningkat seterusnya membuatkan protein susu menjadi semakin kukuh.
Lima Kebaikan Yogurt
1. Membantu Pencernaan
Probiotik (bakteria baik) yang terdapat di dalam yogurt mampu menyeimbangkan mikroflora dalam usus anda hingga membuatkan sistem pencernaan anda lebih baik.
2. Menyihatkan Jantung
Kalium yang terdapat di dalam yogurt mampu membantu mengepam beberapa natrium yang berlebihan di dalam badan. Selain itu, probiotik di dalam yogurt juga memainkan peranan penting dalam menurunkan tekanan darah dan membantu menyihatkan jantung.
3. Menyihatkan Gigi
Walaupun yogurt mengandungi gula, tetapi ia tidak membuatkan gigi seseorang itu berlubang.
4. Menguatkan Tulang
Kalsium dan vitamin D diperlukan supaya dapat mengurangkan risiko terjadinya osteoporosis (tulang rapuh). Setiap hidangan yogurt mengandungi 415 miligram kalsium berbanding susu yang hanya mempunyai sekitar 293 miligram kalsium sahaja.
5. Menurunkan Berat Badan
Yogurt penuh dengan nutrien yang dapat mengenyangkan perut anda serta membuatkan anda kurang lapar. Yogurt juga didapati mengandungi protein yang tinggi.
Di atas dikongsikan 5 kebaikan yang dapat kita perolehi daripada yogurt. Selain mampu membantu menyihatkan kita, yogurt juga dapat memberi manfaat dari segi kecantikan. Sifat pelembap yogurt dapat menjadi scrub yang sangat baik sekali bagi mengangkat sel kulit mati. Terdapat juga maklumat yang mengatakan cleopatra dari Mesir kuno mengamalkan mandi yogurt bagi menjaga kecantikan kulitnya.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
https://id.wikipedia.org/wiki/Yoghurt
http://diarikurus.com/6-rahsia-kebaikan-yogurt/
http://manfaat.co.id/manfaat-yoghurt