Tips Kesihatan : 5 Tips Tenangkan Hati
Artikel kali ini khas buat mereka yang sedang dilanda masalah. Sebagai manusia kita tak pernah lepas dari menghadapi masalah. Apabila berhadapan dengan sesuatu masalah, hati kita sering merasa kecewa dan terluka. Jadi buat anda semua yang sedang merasa tidak tenang, tcm nak kongsikan 5 tips yang dapat korang amalkan di dalam mendapatkan hati yang lebih tenang.
5 Tips Tenangkan Hati
1. Selalu Bersyukur
Bersyukur dengan apa yang kita miliki. Dengan cara ini hati kita akan lebih tenang di dalam menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran. Cara untuk kita selalu bersyukur adalah dengan membandingkan diri kita dengan mereka yang menghadapi dugaan atau cabaran yang lebih besar dan berat dari kita.
2. Membantu Orang Lain
Walaupun kita sedar, kita sedang menghadapi banyak masalah, kita juga haruslah cuba untuk membantu orang lain menyelesaikan permasalahan yang mereka alami. Cara ini secara tak langsung juga dapat membantu kita menjadi lebih gembira dan tenang untuk menghadapi masalah kita sendiri.
3. Elakkan Mendengar Lagu Bertemakan Kekecewaan
Ini sering sekali dilakukan oleh mereka yang putus cinta. Perkara ini tidak membantu anda kerana kita sebenarnya ingin menenangkan hati yang sedang kecewa, bukan sebaliknya. Lebih membimbangkan apabila kita terlalu melayankan hati yang sedang kecewa, kita mungkin terjebak dengan melakukan perkara-perkara yang tidak sihat.
4. Bersenam
Menurut kajian, dengan bersenam hati dan fikiran kita akan menjadi lebih tenang. Antara senaman yang dapat anda lakukan adalah seperti berjogging, berbasikal dan berenang. Selain itu, senaman berasaskan meditasi juga dapat membantu. Antaranya seperti yoga.
5. Berfikiran Positif
Walaupun tujuan kita adalah ingin menenangkan hati yang sedang duka dan lara. Fikiran kita turut memainkan peranan. Cubalah untuk selalu berfikiran positif, hal ini akan membantu kita dengan melihat masalah yang dihadapi dari perspektif yang berbeza serta lebih sihat.
Macam-mana, bernas tak tips-tips di atas. Tcm harap tips-tips di atas dapat membantu anda di dalam menghadapi kehidupan yang penuh cabaran ini. Sekiranya anda sedang diuji dengan kesusahan, percayalah bahawa ada insan yang lebih menderita berbanding kita. Jadi kuatkanlah semangat dan hadapilah cabaran atau masalah dengan penuh ketabahan.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
http://produkwish.com/blog/10-cara-menenangkan-pikiran-yang-sedang-stress
https://www.bicarawanita.xyz/2016/08/agar-hati-tenang.html
http://akuislam.com/blog/renungan/cara-terbaik-menenangkan-hati-kecewa/