Tips Kesihatan : 6 Tips Atasi Kaki Busuk
Hello semua, tcm nak tanya ada tak yang ada masalah kaki busuk ni? Tak mengaku ye, takpe-takpe jom kita baca artikel kali ni. Kali ni tcm nak kongsikan petua atau tips-tips bagaimana kita dapat atasi masalah kaki busuk atau kaki berbau. Sebelum tu, jom kita tengok dulu, kenapa sebenarnya masalah kaki busuk ni dapat terjadi ye? Sebab utama kepada masalah kaki busuk adalah berpunca dari peluh dan bakteria.
Peluh semata-mata tidak akan menyebabkan kaki anda berbau. Akan tetapi, bakteria yang hidup subur dikawasan persekitaran yang lembab itulah yang mewujudkan bau yang busuk. Sekiranya bakteria pada kaki anda dapat dihapuskan, anda tidak lagi perlu risau akan kaki yang berbau walaupun berada di tempat ramai orang tanpa kasut.
6 Tips Atasi Kaki Busuk
1. Bersih dan Gosok Celahan Jari Kaki
Setiap kali mandi, pastikan anda sentiasa membersihkan celah-celah jari kaki. Kawasan tersebut merupakan kawasan paling lembap. Sekiranya terlampau kotor, ia juga dapat menyebabkan bau yang kurang menyenangkan. Anda bolehlah menggunakan sabun dan berus lembut bagi mencuci kawasan tersebut.
2. Rendam Kaki Dengan Teh atau Garam
Teh dikatakan dapat menghilangkan bau yang kurang menyenangkan. Oleh itu anda disarankan untuk merendam kaki anda ke dalam besen yang telah diisi air suam dan hampas teh. Setelah itu, rendam kaki anda selama 10 minit. Selain teh, antara bahan lain yang boleh digunakan adalah seperti garam dan juga dapat dibuat dengan cara yang sama.
3. Gunakan Sarung Kaki dan Kasut Yang Sesuai
Elakkan daripada menggunakan sarung kaki jenis nylon. Ini kerana, ia dapat memerangkap kelembapan pada kaki anda. Sebaiknya, gunakanlah sarung kaki jenis cotton. Sekiranya anda seorang yang cepat berpeluh, pastikan anda membawa sarung kaki lebih supaya dapat ditukar sekiranya kaki anda mula berpeluh. Seperti sarung kaki, kasut juga penting.
Antara fabrik kasut yang sesuai adalah seperti cotton dan kulit. Ini supaya kaki anda mempunyai udara untuk memastikan ia dapat bernafas sekaligus mengurangkan peluh dan bau.
4. Sembur Bahagian Dalam Kasut
Sembur di bahagian dalam kasut anda dengan semburan disinfectant yang khas untuk kasut. Biasanya jenama kasut terkenal atau sesetengah farmasi ada menjual semburan ini. Ia mengandungi ethanol yang mampu membunuh bakteria. Sembur juga pada sarung kaki anda dan letakkan sarung kaki di dalam kasut supaya semburan tersebut dapat meresap ke dalam kasut.
5. Gunakan Tepung Jagung
Sekiranya anda tidak mahu membeli semburan disinfectant. Ada cara yang lebih mudah dan jimat. Caranya adalah dengan menggunakan tepung jagung. Boleh dikatakan, kita semua ada tepung dirumah kan? Untuk tips ini, tabur sedikit tepung jagung pada bahagian dalam kasut anda. Tepung jagung berfungsi untuk menyerap kelembapan dan juga bau yang kurang menyenangkan pada kasut anda.
6. Pastikan Kaki Anda Kering
Sebelum anda memakai kasut, pastikan kaki anda kering dulu ye, terutamanya di celahan jari. Ini kerana, di situlah tempat bakteria sering membiak serta meninggalkan bau yang busuk. Lebih baik lagi sekiranya anda dapat menukar kasut anda setiap hari. Ini kerana, mereka yang sering menggunakan kasut yang sama setiap hari memiliki potensi yang lebih tinggi untuk berdepan masalah kaki busuk.
Berikut di atas merupakan beberapa tips yang boleh diamalkan di dalam mengatasi masalah kaki busuk. Sekiranya bau kaki anda tidak juga hilang, cara terbaik yang ingin tcm sarankan adalah dengan berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan nasihat serta rawatan. Doktor juga berkemungkinan akan memberikan anda antibiotik bagi menghapuskan bakteria yang membiak di kaki.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
https://iluminasi.com/bm/hilangkan-bau-busuk-kaki.html
https://siraplimau.com/petua-mengatasi-kaki-berbau-semulajadi/