Tips Kesihatan : 6 Tips Penjagaan Alam Sekitar

oie_GV76yVMj8uj7

Bila kita cakap pasal tips kesihatan, tak semestinya ia hanya berkaitan dengan diri kita sahaja. Antara cara lain adalah dengan memelihara alam sekitar kita. Yup, dengan memelihara alam sekitar, kita secara tak langsung dapat mewujudkan persekitaran yang bersih dan sihat buat kehidupan kita. Hal ini secara tak langsung menjadikan kita lebih sihat dan terlindung daripada penyakit seperti denggi dan lain-lain.

Kita juga perlu sedar, alam sekitar bukanlah sesuatu yang kita hanya gunakan untuk jangka masa sekejap sahaja. Akan tetapi alam sekitar akan digunakan untuk kita dan juga cucu-cucu kita nanti. Memastikan penjagaaan alam sekitar yang bersih dan sihat, dapat memberikan kita kebaikan bersama.

 

Tips-Tips Penjagaan Alam Sekitar

1. Penggunaan basikal

Jangan terkejut, penggunaan basikal disini bukanlah bermaksud anda perlu menukar kenderaan anda sekarang dengan basikal. Akan tetapi, penggunaan basikal di sini bermaksud, anda disarankan untuk menggunakan basikal untuk melakukan perjalanan yang dekat. Hal ini secara tak langsung dapat mengurangkan pencemaran udara.

 

2. Amalkan 3R

3R bermaksud (Reduce – Mengurangkan, Reuse – Menggunakan Semula dan Recycle – Mengitar semula) di dalam kehidupan seharian kita. Sebagai contoh, botol-botol lama kita selain dibuang, ianya juga dapat dijadikan sebagai pasu untuk kita menanam pokok. Dengan cara ini, kita dapat menjimatkan banyak sumber alam daripada dimusnahkan.

 

3. Lakukan Aktiviti atau Projek Alam Sekitar

Disamping kita melakukan penjagaan alam sekitar seorang diri, kita juga dapat mengajak lebih ramai lagi orang untuk turut serta dengan menganjurkan atau mencadangkan aktiviti atau projek yang bertemakan alam sekitar untuk dijalankan di kawasan kediaman rumah kita dan ditempat kerja.

 

4. Beli Barangan Tempatan

Mesti ada yang pelik kan, macam mana dengan membeli barangan tempatan kita dapat menjaga alam sekitar kita? Dengan tips ini kita sebenarnya dapat membantu menyokong ekonomi tempatan kita dan secara tak langsung mengurangkan pembebasan karbon yang disebabkan oleh pengangkutan barangan jarak jauh. Selain itu, kita juga lebih jimat disebabkan oleh kos barangan tempatan lebih murah.

 

5. Gunakan Air Dengan Bijak

Air merupakan salah satu sumber yang semakin berkurangan. Oleh itu, kita semua disarankan untuk tidak melakukan pembaziran air dan gunakannya dengan bijak. Air merupakan keperluan asas kita sebagai manusia. Cuba anda bayangkan, bagaimana sekiranya tiba-tiba kita tiada bekalan air bersih, pasti penyakit seperti kes penyakit berjangkit akan meningkat.

 

6. Guna Produk Mesra Alam

Tips ini boleh diamalkan ketika kita ingin membeli sesuatu barang. Ini kerana, penggunaan produk mesra alam dapat mengurangkan kesan pada alam sekitar. Antara ciri-ciri produk mesra alam ialah tidak bertosik, boleh dikitar semula dan mudah reput.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=tips+tips+menjaga+alam+sekitar

http://panduan-tips-petua.blogspot.my/2014/06/tips-untuk-memelihara-alam-sekitar.html

https://www.i-sunnah.com/gaya-hidup-mesra-alam/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *