Tips Kesihatan : 7 Teknik Mendidik Kanak-Kanak Autism

7tip

Hai semua, kali ini tcm nak kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan tips-tips bagaimana anda dapat mendidik kanak-kanak autism dengan cara yang betul. Bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami masalah ini, tips ini sangat penting sekali untuk anda tahu. Bagi mereka yang lain pula, hal ini juga merupakan salah satu perkara penting yang perlu anda tahu.

Ini kerana, apabila kita tahu cara yang betul bagaimana untuk berinteraksi dengan kanak-kanak autism. Perkara ini bukan sahaja memudahkan kita untuk berinteraksi dengan kanak-kanak autism, malah ia juga akan membantu mereka untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih mudah.

 

7 Teknik Didikan Kanak-Kanak Autism

1. Tidak melakukan sebarang pengubahsuaian pada jadual harian mereka

Kanak-kanak autism tidak gemar kepada perubahan, mereka lebih menggemari aktiviti yang sama dan berulang-ulang. Walaupun begitu, ia tidaklah bermaksud kita tidak boleh melakukan sebarang perubahan. Kita boleh melakukan perubahan pada jadual harian mereka, tetapi lakukanlah pengubahsuaian tersebut secara perlahan-lahan.

 

2. Pilih gaya belajar yang betul

Kanak-kanak autism tidak semestinya mempunyai gaya pembelajaran yang sama. Sebagai contoh, sesetengah kanak-kanak autism lebih cepat menyerap maklumat dengan cara mendengar. Akan tetapi, terdapat juga kanak-kanak autism yang lebih selesa dengan pembelajaran yang menggunakan visual. Jadi oleh itu, kenal pasti dahulu cara pembelajaran anak anda.

 

3. Penggunaan perkataan yang tepat

Penggunaan perkataan yang mudah difahami dan pendek di dalam pembelajaran dapat membantu kanak-kanak autism untuk belajar dengan lebih baik. Ini kerana, penggunaan perkataan yang panjang dan kompleks dapat membuatkan kanak-kanak tersebut mudah untuk keliru.

 

4. Gunakan objek menarik ketika pembelajaran

Seperti kanak-kanak lain, kanak-kanak autism juga mempunyai mainan kegemarannya yang tersendiri. Gunakan mainan tersebut sebagai salah satu teknik dalam pembelajaran mereka. Contohnya, sekiranya mainan kegemaran mereka adalah kapal terbang. Gunakan kapal terbang tersebut untuk bercerita tentang topik-topik yang berkaitan dengan penggunaan kapal terbang.

 

5. Atasi masalah di dalam penulisan

Boleh dikatakan sebahagian besar kanak-kanak autism memiliki masalah dengan kemahiran motorik mereka. Mereka kebiasaannya sukar untuk menulis dengan kemas dan seterusnya membuatkan mereka merasa putus asa dan hilang minat. Bagi mengatasi masalah ini, ibu bapa dapat meminta mereka untuk menaip dengan menggunakan komputer atau laptop.

 

6. Mengenalpasti bakat mereka

Setiap kanak-kanak memiliki bakat dan keupayaan yang berlainan. Elakkan daripada hanya melihat kelemahan mereka, sebaliknya fokuskan pada kelebihan atau bakat mereka. Setelah anda mengenalpasti bakat mereka, bantulah mereka untuk mengembangkannya.

 

7. Gunakan konsep pembayang awal

Teknik ini hendaklah digunakan ketika mahu menghentikan sesuatu aktiviti seperti memberi amaran bahawa sesuatu aktiviti itu akan ditamatkan dalam masa beberapa minit lagi. Ini supaya kanak-kanak tersebut lebih bersedia. Tindakan menghentikan sesuatu aktiviti secara mendadak akan membuatkan mereka merasa tidak bersedia untuk menerima peralihan aktiviti yang lain.

 

Tanggapan yang menganggap kanak-kanak autism sering bermasalah dapat kita sama-sama atasi dengan mempelajari teknik yang betul di dalam mendidik mereka. Kita juga perlu sedar, kehadiran kanak-kanak istimewa ini sebenarnya bukanlah satu masalah, malah ia merupakan peluang yang diberikan kepada kita untuk berfikir lebih kreatif dalam menjaga dan mendidik mereka.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=cara+mengajar+kanak-kanak+autisme

https://www.amazine.co/22719/tips-belajar-autisme-6-teknik-mengajar-anak-autis/

http://ceritarasahati2.blogspot.my/2010/04/cara-mendidik-anak-autisme.html

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *