Tips Kesihatan : 8 Kebaikan Chia Seed
Anda semua pernah dengar tentang makanan yang dianggap dapat memberikan kekuatan luar biasa oleh puak Mayan dan Aztec? Wah, ada ke ni? Sabar-sabar, jom tcm nak kongsikan dengan anda semua. Makanan yang dianggap dapat memberikan kekuatan luar biasa tersebut dikenali sebagai bijian chia atau lebih dikenali sebagai chia seed.
Chia seed adalah sejenis bijian yang diperoleh daripada pokok chia (salvia hispanica). Ia banyak didapati di kawasan Mexico dan Guatemala. Sekali pandang, chia seed kelihatan seolah-olah biji selasih yang sering dimasukkan ke dalam air sirap. Jangan silap ye, walaupun kelihatan seakan-akan sama, chia seed dan biji selasih mempunyai kandungan nutrien dan khasiat yang berbeza-beza.
Kandungan Chia Seed
Chia seed mengandungi mineral dan serat yang tinggi serta sumber lemak omega-3 yang sangat bagus selain kandungan antioksidannya yang tinggi. Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa kandungan biji chia tidak melebihi tahap logam maksimum untuk makanan. Chia seed turut bebas dari mikotoksin dan tidak mengandungi gluten.
Chia seed bersifat ‘mucillaginous’ iaitu menghasilkan lendiran seperti bendi. Apabila chia seed direndam, bijian ini akan menyerap air sehingga 9-10 kali dari beratnya dan seterusnya menghasilkan lendiran likat seperti gelatin.
8 Kebaikan Chia Seed
1. Mengawal Selera Makan
Tryptophan sangat baik bagi memperbaiki gangguan sistem pencernaan dan keinginan untuk makan. Ia merupakan sejenis asid amino yang ditemui pada ayam belanda. Walaupun tryptophan memberikan kesan mengantuk setelah makan, namun ia sangat baik di dalam membantu mengawal selera makan anda serta menjadikan tidur anda lebih lena dan meningkatkan mood anda.
2. Memperbaiki Perkembangan Sel
Chia seed merupakan salah satu sumber protein dan ia selamat untuk diambil kerana tidak mempunyai sebarang kolesterol. Dalam setiap 28 gram hidangan chia seed terdapat 4.4 gram protein di dalamnya. Protein sangat baik untuk kesihatan otak selain meningkatkan perkembangan sel di dalam tubuh badan.
3. Meningkatkan Kesihatan Jantung
Kajian yang dilakukan Klinik Cleveland menyatakan bahawa chia seed sememangnya terbukti di dalam meningkatkan tekanan darah buat pesakit kencing manis. Selain itu, ia juga boleh meningkatkan kolesterol sihat untuk tubuh dan pada masa yang sama dapat mengurangkan kolesterol LDL dan juga trigliserida.
4. Mengekalkan Kekuatan Gusi Dan Tulang
Satu hidangan chia seed dalam diet menu harian mempunyai 18 peratus daripada pengambilan harian yang telah disyorkan. Ia mengandungi zat kalsium dan fosforus yang mana ia berfungsi untuk mengekalkan tahap kesihatan gigi dan tulang serta mencegah masalah seperti osteoporosis.
5. Sumber Tenaga Yang Baik
Chia seed mengandungi kalori dan karbohidrat baik untuk tenaga dan stamina dalam menjalani aktiviti harian. Tidak hanya itu sahaja, chia seed mengandungi vitamin A, B 12, C yang diperlukan oleh badan serta sangat baik untuk ketahanan sistem imunisasi tubuh badan.
6. Meningkatkan Metabolisme Badan
Manganese (mangan) bukanlah sejenis nutrien mineral yang terkenal, akan tetapi ia terkandung di dalam chia seed dan amat penting sebenarnya untuk kesihatan kita. Pengambilan chia seed sebanyak 28 gram adalah sangat baik untuk tulang dan dapat membantu badan menyerap nutrien lain seperti Biotin dan thiamin.
7. Dapat Melawan Penyakit Diabetes
Menurut kajian yang dijalankan oleh pakar perubatan, chia seed merupakan salah satu rawatan semula jadi yang sangat berpotensi di dalam mengubati pesakit diabetes tahap 2. Ini adalah kerana keupayaannya di dalam memperlahankan penghadaman. Lapisan agar-agar chia seed yang terbentuk apabila terdedah kepada cecair mampu mencegah peningkatan gula dalam darah.
8. Mengurangkan Keradangan Kulit
Zat besi dan natrium yang terdapat di dalam chia seed dapat membantu mencegah anemia dan secara tak langsung meningkatkan kualiti sel darah merah. Selain itu, ia turut membantu mengurangkan keradangan yang dialami pada kulit dan membuatkan kulit dan rambut kelihatan lebih sihat dan cantik.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
https://www.google.com/search?q=kebaikan+chia+seed
http://ramenpedas.com/2016/03/10-khasiat-dan-kebaikan-chia-seed-untuk-diet-harian/
http://cun.my/rupanya-ini-13-kebaikan-jika-amalkan-chia-seed/