Tips Kesihatan : 8 Kebaikan Daun Belalai Gajah

oie_YXkzlc9bGJaL

Salam isnin semua, hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan sejenis tumbuhan yang sangat baik untuk kesihatan kita. Tumbuhan tersebut dikenali sebagai “Daun Belalai Gajah”. Untuk pengetahuan semua, daun belalai gajah telah pun lama digunakan di dalam dunia perubatan tradisional. Ada yang tertanya-tanya tak kenapa daun ini dinamakan daun belalai gajah?

Ini adalah kerana rupa bentuk daun itu sendiri yang panjang dan lonjong seperti belalai gajah.Warna daun ini kebiasaannya berwarna hijau pekat dengan permukaan tekstur daun yang sedikit kasar.

 

8 Kebaikan Daun Belalai Gajah

1. Mencegah Kanser

Daun belalai gajah banyak dikaitkan di dalam merawat kanser. Ini adalah kerana, sifat anti oksidannya yang dapat menyihatkan sel-sel tubuh badan anda. Sekiranya sel tubuh badan sihat, ianya secara tak langsung dapat mengurangkan risiko seseorang itu dari terkena kanser.

 

2. Melancarkan Aliran Darah

Daun belalai gajah mempunyai kandungan yang baik di dalam melancarkan aliran darah seseorang itu. Oleh itu, sebarang penyakit yang disebabkan oleh aliran darah yang tersumbat dapat dicegah dengan aliran darah yang baik.

 

3. Membuang Racun Daripada Tubuh

Daun belalai gajah juga bagus untuk detoksifikasi. Detoksifikasi merupakan fungsi daripada daun ini yang akan membuang pelbagai macam jenis racun yang terdapat di dalam tubuh badan anda sebelum ianya berkembang menjadi penyakit.

 

4. Mencegah Radang Prostat

Untuk kaum lelaki, saya rasa anda pasti lega apabila mendengar khasiat yang keempat ini. Yup, daun belalai gajah mampu mencegah penyakit radang prostat. Iaitu penyakit yang menyerang alat penting kaum lelaki.

 

5. Mengubati Masalah Kencing Manis

Daun belalai gajah, dapat mengubati pelbagai jenis penyakit. Salah satunya adalah penyakit kencing manis. Ia akan membersihkan saluran kencing anda dan secara tak langsung mencegah anda daripada menghidapi penyakit kencing manis.

 

6. Ubat Sakit Pinggang

Pinggang merupakan salah satu anggota badan yang mana kita sering merasa sakit. Ini adalah kerana, segala aktiviti yang kita lakukan banyak menggunakan otot pinggang. Daun belalai gajah juga dikenalpasti mampu untuk mengubati masalah sakit pinggang.

 

7. Anti Hipertensi

Antara kehebatan lain daun belalai gajah juga adalah mampu untuk mengawal tekanan darah kita. Perkara ini secara tak langsung mampu membantu mencegah seseorang itu dari mengalami masalah darah tinggi.

 

8. Mencegah Letih dan Kurang Bertenaga

Kebaikan yang terakhir ini merupakan berita gembira buat mereka yang sering letih dan perlu melakukan banyak aktiviti. Gunakanlah daun belalai gajah sebagai penambah stamina anda. Daun belalai gajah ternyata dapat membantu mereka yang sering mengalami keletihan, mengantuk dan juga lesu.

 

Berikut di atas tcm senaraikan lapan manfaat yang dapat anda perolehi daripada daun belalai gajah. Terdapat banyak lagi kebaikan-kebaikan lain yang tidak tcm senaraikan di sini. Dengan menambahkan daun belalai gajah di dalam pemakanan anda, tcm harap anda dapat hidup lebih sihat bersama yang tersayang.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=kebaikan+daun+belalai+gajah

https://www.khasiat.co.id/daun/belalai-gajah.html

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *