Tips Kesihatan : 8 Kehebatan Senyuman
Salam selasa semua, tcm nak kongsikan dengan anda semua suatu perbuatan yang dilakukan tanpa suara dan dapat difahami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira perbezaan bahasa dan bangsa. Perbuatan tersebut adalah senyum. Tahukah anda sebenarnya senyum dapat memberikan pelbagai manfaat kebaikan kepada diri kita semua? Jom kita tengok lapan kehebatannya di bawah.
8 Kehebatan Senyuman
1. Menghilangkan Stress
Artikel kita sebelum ini menceritakan tentang masalah stress. Untuk pengetahuan anda, senyuman juga merupakan salah satu cara bagi membantu seseorang itu mengatasi stress. Jadi ambillah masa untuk senyum dengan mengenang perkara yang indah kerana ia akan membuatkan fikiran anda menjadi lebih tenang.
2. Mempunyai Ramai Kawan
Seseorang yang rajin tersenyum memiliki daya tarikannya yang tersendiri. Ini kerana, orang yang suka senyum dapat membuatkan perasaan orang di sekelilingnya merasa selesa dan tenang. Orang yang sering merungut, cemburu, mengerutkan kening pula dapat membuatkan orang-orang disekelilingnya merasa tidak selesa.
3. Penghasilan Hormon Bahagia
Senyuman bukan sekadar reaksi kita terhadap sesuatu sahaja. Malah, senyuman juga terlibat di dalam penghasilan hormon endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi serta menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.
4. Meningkatkan Sistem Imuniti
Senyum membuatkan sistem imun tubuh badan bekerja dengan lebih baik. Ini kerana, sistem imun tubuh badan akan bekerja pada tahap maksimum ketika seseorang itu merasa tenang. Selain itu, berdasarkan kajian yang dijalankan, selsema dan batuk ternyata boleh hilang dengan senyuman. Hebat kan. 🙂
5. Menunjukkan Anda Kuat
Kita sering tidak terlepas dari merasa kecewa disebabkan masalah yang dihadapi. Walau begitu, tutuplah kekecewaan anda dengan senyuman kerana ia dapat menunjukkan dan mendidik anda menjadi lebih tabah dan sabar ketika menghadapi dugaan.
6. Menjadikan Anda Lebih Sihat
Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi bagi melawan penyakit).
7. Menjadikan Anda Lebih Menarik
Senyuman dapat membuatkan anda kelihatan lebih menarik. Orang sekeliling juga akan merasa selesa ketika bersama anda kerana dengan senyuman, mereka mampu berkomunikasi lebih mudah dengan anda. Selain itu, tak dinafikan anda akan kelihatan lebih menarik ketika senyum berbanding ketika anda murung atau bermasam muka.
8. Mencegah Tekanan Darah Tinggi
Senyum merupakan satu bentuk senaman yang dapat meransang seluruh tubuh badan melalui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut tersenyum dan dapat memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.
Ha, macam mana, banyak kan kebaikan yang dapat kita perolehi hanya dengan satu gerakan yang mudah untuk dilakukan. Di atas tcm senaraikan hanya lapan sahaja berbanding banyak lagi kebaikan serta manfaat yang dapat kita perolehi. Jadi, jom kita sama-sama banyakkan senyuman di dalam mendapatkan kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
http://penadaiekontemporari.blogspot.my/2015/10/14-fakta-tentang-kelebihan-senyum.html
https://ms-my.facebook.com/UstazIqbalZain/posts/1596444073928123