Tips Kesihatan : 8 Menu Sarapan Pagi Buat Yang Diet

oie_2uAHpIu7nP8W

Sarapan pagi merupakan salah satu aspek yang sangat penting di dalam penjagaan kesihatan kita. Ini termasuklah juga mereka yang sedang mengurangkan berat badan (on-diet). Mengurangkan kadar pengambilan kalori tidak bermaksud anda seharusnya berlapar. Akan tetapi, anda perlu bijak di dalam memilih jenis makanan.

Ok, pada artikel kali ini, tcm nak kongsikan dengan anda semua mengenai menu sarapan yang sihat dan sangat sesuai diambil mereka yang ingin mengurangkan berat badan.

 

8 Menu Sarapan Pagi Buat Yang Diet

1. Yogurt dan Susu

Jenis susu rendah lemak seperti yogurt sangat baik sekali untuk sarapan pagi. Yogurt dan susu dapat membantu anda mengurangkan nafsu makan pada waktu siang. Mengamalkan pengambilan yogurt dan susu secara rutin pada waktu pagi dapat membantu anda mengamalkan diet yang sihat.

 

2. Keju

Selain yogurt, olahan fermentasi lain daripada susu adalah keju. Keju dapat diolah kepada pelbagai jenis masakan untuk sarapan diet anda.

 

3. Buah-Buahan

Buah-buahan seperti epal, pisang, tembikai atau buah berries sangat baik untuk dimakan pada waktu pagi. Selain dapat mengurangkan kadar kolesterol, buah-buahan juga dapat mengeluarkan racun di dalam tubuh badan. Buah-buahan merupakan salah satu makanan yang sihat kerana banyak mengandungi vitamin dan enzim sihat.

 

4. Edamame dan Satu Cawan Teh

Edamame rebus atau kukus memiliki banyak manfaat buat tubuh badan. Selain itu, makanan ini juga telah terbukti menurut kajian yang dilakukan terhadap mereka yang diet. Pengambilan edamame pada sarapan pagi dapat digabungkan bersama-sama dengan satu gelas teh hijau.

 

5. Gandum

Jenis gandum seperti oatmeal, granola dan roti gandum juga dapat dijadikan sarapan pagi anda. Serat yang terkandung di dalam gandum, dapat membantu anda untuk merasa kenyang. Jenis biji-bijian gandum ini juga dapat mengurangi lemak-lemak degil yang terdapat di tubuh badan anda.

 

 6. Susu Rendah Lemak

Buat anda yang tidak gemar akan olahan penapaian susu seperti yogurt dan keju, anda boleh minum susu segar jenis rendah lemak buat sarapan pagi yang menyihatkan. Anda disarankan untuk minum satu gelas susu rendah lemak di waktu pagi untuk mengamalkan diet rendah lemak.

 

7. Telur Rebus

Berdasarkan kajian yang direkodkan pada Internasional Journal Of Obesity pada 2005, seseorang yang mengalami obesiti atau berat badan berlebihan dapat menurunkan berat badan mereka sehingga 60% dengan cara memakan telur rebus sebagai menu sarapan mereka. Penyebab bagi masalah obesiti adalah seperti tidak menjaga nafsu makan dan terlalu banyak makan makanan yang berlemak.

 

8. Smoothies

Smoothies merupakan jus buah-buahan tanpa tambahan lain termasuk air dan juga gula. Oleh sebab itu, smoothies kelihatan lebih pekat berbanding jus buah-buahan yang biasa kita minum.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=tips+sarapan+pagi+untuk+diet

https://dietsehat.co.id/menu-sarapan-pagi-sehat-untuk-diet

http://lifestyle.liputan6.com/read/3009316/menu-sarapan-pagi-tepat-untuk-anda-yang-sedang-diet

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *