Tips Kesihatan : 8 Tips Atasi Kulit Mengelupas
Kulit yang mengelupas adalah suatu keadaan yang disebabkan oleh kulit kering. Walaupun kelihatan remeh, namun masalah kulit mengelupas dapat membuatkan seseorang itu merasa rendah diri. Lebih-lebih lagi bagi seorang wanita. Masalah kulit mengelupas sebenarnya merupakan salah satu isyarat untuk memaklumkan kita bahawa kulit kita tidak sihat dan memerlukan lebih banyak vitamin.
Masalah kulit mengelupas tidak hanya boleh diatasi daripada bahagian luar. Akan tetapi, ia perlu diatasi dari dalaman. Antara cara-cara bagi mengatasi masalah kulit mengelupas adalah seperti :-
1. Air Kosong
Kulit kering adalah sebab utama kenapa kulit mengelupas. Ini adalah kerana tubuh badan kita tidak mempunyai air yang mencukupi. Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Ini bagi memastikan tubuh badan kita memiliki kandungan air yang mencukupi supaya semua fungsi di dalam tubuh badan dapat berjalan dengan baik.
2. Madu
Madu sangat terkenal dengan kandungan vitamin C dan E nya yang tinggi. Madu dapat digunakan dua cara bagi mengatasi masalah kulit mengelupas. Pertama dengan cara makan madu secara terus dan kedua adalah dengan menggunakan madu sebagai masker kulit.
Cara jadikan madu sebagai masker kulit :
- Sapukan madu pada kulit yang bermasalah
- Biarkan selama 45 minit
- Cuci sehingga bersih dengan menggunakan air sejuk
- Lakukan setiap hari
- Nutrien dan mineral yang terdapat pada madu akan memberikan kelembapan maksimum pada kulit
3. Minyak Zaitun
Minyak zaitun kaya dengan vitamin E semulajadi. Ia dibuat daripada buah zaitun. Penggunaan minyak zaitun dapat mengekalkan kelembapan pada kulit anda.
Caranya :
- Sapukan minyak zaitun pada kulit yang mengelupas
- Biarkan selama beberapa minit
- Bilas dengan air sejuk
4. Yogurt
Yogurt mengandungi mineral, asam dan enzim yang sangat baik di dalam membantu kulit mendapatkan kembali kelembapannya. Walaupun kulit anda mengalami masalah mengelupas yang sangat teruk, yogurt turut berkesan membantu mengatasi masalah kulit mengelupas.
Caranya :
- Campurkan dua sudu makan yogurt bersama 2 sudu teh madu
- Sapukan campuran tersebut ke seluruh kulit anda
- Biarkan sehingga kering
- Cuci dengan air suam
5. Putih Telur
Cara menggunakan putih telur :
- Pisahkan kuning dan putih telur
- Kacau putih telur
- Sapu pada wajah putih telur yang telah dikacau
- Bagi mengurangkan bau hanyir telur, campurkan sedikit madu
6. Daun Lidah Buaya
Caranya :
- Campurkan gel segar lidah buaya bersama dengan sedikit minyak vitamin E
- Sapukan pada kulit yang mengelupas sebanyak 3 kali sehari
Dengan mengamalkan tips ini secara konsisten, kekeringan dan keradangan pada kulit juga akan turut berkurangan dan seterusnya dapat dicegah
7. Pisang
Selain dapat mengubati masalah seperti vertigo, pisang juga sangat baik untuk dijadikan sebagai masker. Kandungan vitamin E dan A sangat baik di dalam membaiki sel-sel kulit yang rosak sehingga nampak seperti kulit bayi yang lembut.
Caranya :
- Gunakan pisang yang telah matang
- Lumatkan pisang tersebut dan tambah sedikit yogurt untuk dijadikan krim
- Selain itu, pisang yang dilumatkan juga boleh ditambah dengan campuran madu atau minyak zaitun
- Sapukan ramuan tersebut pada kawasan kulit yang sering mengelupas
8. Oatmeal
Merupakan salah satu makanan sihat bagi mereka yang mempunyai masalah sakit jantung. Oatmeal turut dapat mengatasi masalah kulit kering dan mengelupas. Kandungan oatmeal yang sangat baik dapat mengatasi rasa gatal-gatal dan keradangan akibat kulit yang mengelupas.
Caranya :
- Tambahkan secawan oatmeal ke dalam air mandian anda yang masih panas
- Berendam selama 30 minit di dalam air berisi campuran oatmeal tersebut
- Setelah itu bersihkan tubuh badan dengan air bersih
- Gunakan tuala lembut dan menepuk-nepuk kulit sehingga kering
- Gunakan pelembap selepas itu
- Lakukan rutin ini setiap malam sebelum anda tidur untuk hasil maksimum
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
https://www.google.com/search?q=tips+mengatasi+kulit+mengelupas
https://dokterspkk.com/cara-mengatasi-kulit-mengelupas
https://klinikkecantikan.co.id/perawatan/kulit/cara-mengatasi-kulit-mengelupas