Tips Kesihatan : 8 Tips Atasi Mengantuk Ketika Memandu
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca artikel-artikel yang dikongsikan oleh sihat bersama tcm. Semoga kita semua mendapatkan manfaat bersama. Tajuk bagi artikel kali ini adalah bagaimana dapat kita elakkan rasa mengantuk ketika memandu. Seperti yang kita tahu, kadar kemalangan di Malaysia adalah sangat tinggi.
Menurut statistik WHO melalui World Health Ranking 2011, Malaysia merupakan negara yang ke-20 tertinggi di dunia untuk kematian yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya. Mengantuk ketika memandu merupakan salah satu sebab kenapa kemalangan dapat berlaku. Disebabkan oleh hal ini, tcm ingin kongsikan bersama anda 7 tips yang dapat membantu anda untuk atasi mengantuk ketika memandu.
7 Tips Atasi Mengantuk Ketika Memandu
1. Rancang Perjalanan Anda
Rancang perjalanan anda dengan menentukan jarak perjalanan, masa untuk bertolak, anggaran masa sampai dan yang paling penting waktu untuk berehat seketika setelah beberapa ketika anda memandu.
2. Buat Beberapa Persinggahan Sepanjang Perjalanan
Sekiranya anda perlu memandu untuk perjalanan yang jauh, pastikan anda singgah di beberapa RnR bagi mengekalkan kecerdasan anda dengan berehat seketika serta mengelakkan anda dari rasa mengantuk akibat perjalanan yang panjang.
3. Elakkan Dari Memandu Seorang Diri
Untuk perjalanan yang jauh, anda disarankan untuk memandu bersama seseorang, selain dapat dijadikan rakan berbual, mereka juga dapat membantu anda di dalam menjadi petunjuk arah.
4. Elakkan Memandu Selepas Tengah Malam
Secara biologinya kita memerlukan tidur pada waktu malam iaitu diantara 12 tengah malam sehingga 6 pagi. Jadi, pada waktu ini , tubuh anda memerlukan rehat dan ianya sangat berbahaya untuk terus berjaga. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup pada waktu malam dan mampu untuk memandu pada keesokkan pagi.
5. Elakkan Minum Minuman Beralkohol
Walaupun pengambilan alkohol cuma sedikit, sebenarnya ia juga akan memberikan rasa mengantuk serta membuatkan anda mabuk atau berkhayal. Peringatan penting : Anda tidak dibenarkan sama sekali untuk memandu dalam keadaan mabuk.
6. Minum Kopi
Ini merupakan cara yang paling cepat bagi menghilangkan rasa mengantuk sekiranya kita tidak dapat menghentikan kereta untuk berehat. Kandungan caffein yang terdapat di dalam kopi dapat meransang minda kita agar tidak berasa mengantuk.
7. Buka Tingkap Untuk Udara Segar
Sekali sekala, anda boleh menurunkan tingkap untuk seketika. Cara ini dapat memberikan kesegaran pada tubuh. Akan tetapi, jangan terlalu lama kerana takut mengganggu pemanduan anda.
8. Pastikan Anda Minum Air Yang Mencukupi
Dehidrasi dapat membuatkan darah kita berasid dan mengakibatkan badan dan mental kita menjadi lemah terutama pada hari yang mempunyai cuaca yang panas dan terik. Anda digalakkan banyak minum air kosong bagi mengelakkan dehidrasi.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
http://www.healthmassa.com/7-tips-efektif-mencegah-mengantuk-ketika-memandu/
http://www.siakapkeli.my/2016/11/8-tip-untuk-elakkan-rasa-mengantuk.html