Tips Kesihatan : 8 Tips Atasi Nasi Cepat Basi

oie_ouvdJRg7ArMq

Nasi merupakan salah satu makanan utama kita sebagai rakyat Malaysia. Bagi sesetengah orang, hari mereka tidak akan lengkap sekiranya tidak disertakan dengan pengambilan nasi. Disebabkan itu, hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua penggemar nasi berkenaan dengan cara bagaimana nasi yang dimasak oleh anda dapat tahan lebih lama.

Kita sering mengeluh, nasi cepat basi, tahu tak anda sebenarnya terdapat tips atau cara bagaimana nasi anda dapat tahan lebih lama. Nak tahu? Jom sambung baca di bawah.

 

8 Tips Atasi Nasi Cepat Basi

1. Tambahkan Garam

Selepas anda selesai mencuci beras dan menyukat air. Masukkan secubit garam ke dalam periuk. Dengan cara ini, nasi anda akan tahan lebih lama dan secara tidak langsung membuatkan nasi lebih sedap dan juga kenyal.

 

2. Cuci Beras Hingga Bersih

Ketika anda mencuci beras, pastikan anda mencuci beras dengan bersih. Walaupun ada yang berpendapat sekiranya berasa dicuci terlalu banyak dapat menyebabkan beras kehilangan nutrisinya, beras yang hanya dicuci sekali sahaja akan lebih cepat basi.

 

3. Biarkan Wap Nasi Keluar

Bagi anda yang masak nasi dengan menggunakan rice cooker, jangan lupa untuk buka penutup sebaik sahaja nasi telah masak. Kacau nasi supaya nasi masak secara rata dan biarkan wap nasi yang baru dimasak tadi keluar dari periuk.  Dengan melakukan cara ini, nasi yang dimasak tersebut tidak akan menjadi lembap. Sebelum tutup kembali tudung, lap terlebih dahulu dengan kain bersih.

 

4. Panaskan Periuk Nasi Atas Dapur

Kadang kala kta terlupa untuk keluarkan nasi dari dalam periuk ketika kita hendak pulang ke kampung atau pergi ke mana-mana selama beberapa hari. Ini menyebabkan nasi tersebut berkulat dan berair. Walaupun setelah itu kita telah mencuci periuk dengan bersih, periuk kita mungkin masih terdapat bakteria yang masih aktif dan seterusnya membuatkan nasi yang baru dimasak mudah basi.

Tips keempat ini adalah bagi mengatasi masalah ini. Cara nya adalah dengan telingkupkan periuk nasi di atas dapur dan nyalakan api. Cara ini dapat membunuh semua kuman yang masih tinggal dan secara tak langsung menjadikan nasi yang dimasak tahan lebih lama.

 

5. Perah Limau Nipis

Sebelum anda masak nasi, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam 2-3 pot beras yang dah disukat dengan air. Selain menjadikan nasi lebih harum, nasi juga akan tahan lebih lama kerana keasidannya.

 

6. Masak Air Dalam Periuk Nasi

Tips yang keenam ini mempunyai tujuan yang sama seperti tips yang keempat. Caranya ialah, isikan air hingga penuh ke dalam periuk nasi. Setelah itu, masak air yang terdapat di dalam periuk tersebut dengan menggunakan dapur gas sehingga air mendidih. Anda turut boleh menambahkan beberapa helai daun pandan ke dalam air yang dimasak tersebut.

Cara ini memadai untuk dilakukan sebanyak sekali dalam sebulan bagi menjadikan nasi tahan lebih lama.

 

7. Pastikan Periuk Bersih

Kesan kotoran seperti sisa nasi yang tidak dicuci dengan bersih pada periuk nasi dapat menjejaskan kualiti nasi yang dihasilkan. Oleh itu, anda disarankan untuk cuci periuk dengan bersih supaya kualiti nasi yang dimasak nanti lebih baik dan tidak mudah basi.

 

8. Elakkan Dari Menyentuh Nasi Dengan Jari Tangan

Jari tangan kita mempunyai enzim pencernaan yang dikenali sebagai enzim RNAse. Enzim ini berfungsi bagi membantu proses pencernaan yang terjadi di dalam perut. Jadi, apabila nasi yang telah dimasak disentuh oleh jari tangan secara langsung, nasi tersebut akan cepat basi sekiranya tidak segera dimakan. Oleh itu, elakkan daripada menyentuh nasi di dalam periuk dengan menggunakan jari tangan secara langsung.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://halosehat.com/makanan/makanan-berbahaya/penyebab-nasi-cepat-basi

http://www.mingguanwanita.my/7-tips-masak-nasi-supaya-lambat-basi-elak-membazir-boleh-tahan-2-hari/

https://siraplimau.com/petua-masak-nasi-supaya-tak-cepat-basi/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *