Tips Kesihatan : 8 Tips Cegah Anak Kencing Malam

oie_FAILl1oTpVic

Terdapat pelbagai sebab yang dapat membuatkan kanak-kanak mengalami kencing malam. Bagi kanak-kanak yang berumur di bawah 5 tahun, masalah kencing malam adalah suatu perkara biasa. Ini kerana mereka sebenarnya sedang mengalami peralihan fasa bercerai lampin. Ini adalah suatu yang normal kerana mereka masih belum tahu cara mengawal pundi kencing sepenuhnya.

Akan tetapi, bagaimana sekiranya anak anda sudah mula meningkat umur akan tetapi masih mengalami masalah kencing malam? Letih kan nak cuci tilam hari-hari. Jom tcm nak kongsikan dengan anda semua 8 tips yang dapat diamalkan bagi mencegah anak kencing malam.

 

8 Tips Cegah Anak Kencing Malam

1. Hadkan Minuman

Hadkan minuman anak anda pada sebelah malam. Banyakkan minum air pada waktu siang. Ini bagi mengelakkan sebarang masalah dehidrasi (kekurangan air).

 

2. Beri Sokongan Moral

Cuba untuk bantu mereka dengan cara yang lebih positif. Contohnya seperti beri sokongan dan galakan pada anak anda di dalam membantu mereka mengatasi masalah yang dialami. Elakkan dari mendenda.

 

3. Bladder Training

Lakukan latihan untuk anak anda di dalam mengawal pundi kencing mereka. Latihan dapat dilakukan pada siang hari. Sebagai contoh, ketika mereka hendak kencing pada waktu siang, minta mereka untuk cuba tahan beberapa minit sebelum kencing. Jangan sampai suka tahan kencing pula, nanti masalah lain pula yang timbul (batu karang).

 

4. Kejut Anak Anda Untuk Kencing

Pada waktu malam, ketika mereka tidur, bangunkan anak anda untuk ke tandas dan kencing. Lama kelamaan mereka akan bangun dengan sendirinya untuk pergi membuang air kecil.

 

5. Beri Ganjaran

Ketika anak anda bangun tidur tanpa kencing di tempat tidur, beri pujian serta ganjaran pada mereka. Cara ini akan membuatkan anak anda lebih gigih di dalam mengatasi masalah mereka.

 

6. Jaga Pemakanan Anak

Tambahkan sayur-sayuran dan makanan berkhasiat di dalam hidangan harian anak anda. Cara ini penting bagi mengelakkan mereka daripada mengalami sembelit yang biasanya mengurangkan jumlah air kencing ditahan pada pundi kencing.

 

7. Kencing Sebelum Tidur

Sebelum anak anda masuk tidur, latih mereka untuk pergi ke tandas dan kencing terlebih dahulu. Walaupun mereka tidak merasa seperti hendak kencing, tetap latih mereka untuk ke tandas dan kencing sebelum tidur.

 

8. Elakkan Dari Mengejek

Walaupun kelihatan remeh, pastikan anda tidak mengejek anak anda ya. Ini kerana, dengan ejekan-ejekan kita, mereka akan lebih cenderung untuk berasa malu dan tertekan. Sebaliknya, cuba untuk selami perasaan mereka dan bantu mereka dengan kata-kata yang positif.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=tips+elak+anak+kencing+malam

https://siraplimau.com/masalah-anak-kencing-malam/

http://www.jelita.com.my/uncategorized/9-tip-elak-anak-kencing-malam/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *