Tips Kesihatan : 8 Tips Hilangkan Parut Jerawat
Jerawat merupakan satu perkara biasa. Jerawat datang dan pergi. Akan tetapi, bagaimana pula sekiranya jerawat yang muncul tersebut meninggalkan kesan yang sukar untuk dihilangkan? Tcm memahami perasaan anda. Oleh itu, hari ini tcm membuat keputusan untuk berkongsi dengan anda semua bagaimana anda dapat hilangkan parut jerawat dengan lebih berkesan.
8 Tips Hilangkan Parut Jerawat
1. Lemon
Lemon merupakan sejenis buah-buahan yang mengandungi asid alfa hidroksil semulajadi. Ia merupakan sejenis asid AHA yang secara khususnya berfungsi membantu kulit baru tumbuh dan seterusnya mengurangkan parut jerawat.
Caranya :
- Perah sedikit lemon ke dalam mangkuk
- Untuk kulit sensitif, cairkan dulu dengan air sejuk
- Sekiranya tidak perlu dicairkan, gunakan kapas dan sapu ke bahagian muka
- Biarkan sapuan tersebut kering
2. Daun Sirih Muda
Caranya :
- Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda
- Tempelkan pada bahagian muka daun yang telah ditumbuk (terutamanya pada kesan jerawat)
- Biarkan hingga kering
- Cuci muka dengan air bersih
- Amalkan sebanyak 3 kali seminggu
3. Minyak Kelapa Dara
Terdapat banyak virgin coconut oil atau minyak kelapa dara yang dijual di pasaran sekarang. Ia sememangnya sangat berkhasiat berbanding minyak kelapa biasa. Ini disebabkan oleh cara penghasilan minyak yang tidak menggunakan haba.
Caranya :
- Titiskan minyak kelapa dara ke tapak tangan anda
- Biarkan suhu badan anda memanaskannya
- Urut perlahan-lahan muka anda dengan minyak dan biarkan sahaja tanpa dicuci
- Ia akan terus bekerja keras memutihkan kulit anda daripada parut jerawat
- Sekiranya anda rimas, biarkan sekurang-kurangnya selama setengah jam sebelum cuci dengan cleanser biasa
4. Asam Jawa
Caranya :
- Ambil sedikit asam jawa dan ramas dengan mencampurkan sedikit air (elakkan terlalu cair)
- Sapukan ramuan asam jawa pada tempat yang berparut
- Biarkan sehingga kering
- Sebaiknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur
5. Aloe Vera atau Lidah Buaya
Lidah buaya kaya dengan vitamin semulajadi yang dapat membantu memulihkan kulit dan menghilangkan parut secara beransur-ansur. Selain itu, aloe vera juga bersifat lembut, jadi susah untuk overdose walaupun letak banyak-banyak.
Caranya :
- Patahkan daun lidah buaya
- Ambil lendir daun lidah buaya dan sapukan ke bahagian muka
- Biarkan lendir atau gel semulajadi tersebut selama setengah jam
- Cuci muka sehingga bersih
6. Bedak Sejuk
Bedak sejuk memang terkenal sebagai salah satu cara tradisional bagi menjaga kesihatan kulit muka. Bedak sejuk dapat menyerap minyak dan mengosongkan pori. Pori yang tersumbat merupakan antara punca utama jerawat muncul.
Caranya :
- Tumbuk sedikit bedak sejuk dan campurkan dengan air (buat dengan pekat)
- Lumur dan urutkan campuran bedak sejuk dan air tersebut ke seluruh kulit muka
- Biarkan semalaman
- Bangun awal pagi dan cuci muka dengan air sejuk
- Amalkan setiap hari
7. Air Tebu
Air tebu mengandungi asid glycolic. Ia juga merupakan sejenis asid AHA seperti jus lemon yang tcm kongsikan tadi. Ia dapat menghilangkan sel mati dan menggalakkan pertumbuhan sel baru.
Caranya :
- Campurkan 2 bahagian air tebu dengan satu bahagian minyak zaitun
- Titiskan sedikit jus lemon
- Sapukan pada kulit muka
- Biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan moisturizer
- Amalkan sekali setiap dua atau tiga hari
8. Baking Soda
Baking soda turut dikenali dengan nama natrium bikarbonat. Boleh dikatakan setiap rumah memiliki baking soda. Ini disebabkan oleh kegunaannya yang sangat banyak. Antara salah satunya ialah menghilangkan parut jerawat. Ini kerana, baking soda dapat menyerap masuk ke dalam pori kulit dan membersihkannya dan juga mengelakkan jerawat baru dari naik.
Caranya :
- Campurkan dua sudu teh baking soda dengan sedikit air (elakkan terlalu cair)
- Lumurkan campuran ini kebahagian muka di mana terdapat banyak parut
- Pastikan anda mencuci muka anda dengan moisturizer selepas basuh kesan baking soda pada wajah anda
- Amalkan setiap dua hari sekali
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
https://www.google.com/search?q=tips+hilangkan+parut+jerawat
http://www.maskulin.com.my/2017/08/05/7-cara-hilangkan-parut-jerawat-selamanya-dari-wajah/
http://mamalink.com.my/10-petua-hilangkan-parut-jerawat/