Tips Kesihatan : El Nino
Hai semua. Hari ini tcm akan kongsikan mengenai suatu fenomena yang sedang melanda negara kita sekarang ini. Fenomena tersebut merupakan suatu fenomena yang melibatkan perubahan cuaca di negara kita. Ianya dikenali sebagai fenomena “El Nino”. Apa itu El Nino? El Nino merupakan keadaan di mana terjadinya cuaca panas yang melebihi biasa pada kawasan-kawasan yang tertentu.
Seperti yang kita semua ketahui, cuaca yang terlalu panas dapat mendatangkan kesan yang buruk pada kita. Disebabkan fenomena ini bukan lagi suatu fenomena asing yang melanda negara kita, kita hendaklah sentiasa mempersiapkan diri bagi menghadapi keadaan tersebut agar dapat mengelakkan daripada berlakunya sebarang kesan buruk terhadap kesihatan diri kita.
Golongan Yang Berisiko
- Individu yang terlibat dengan aktiviti luar seperti buruh dan sebagainya
- Kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke bawah
- Pesakit yang menghidapi penyakit kencing manis / darah tinggi / asma
- Orang dewasa yang berumur 40 tahun ke atas
- Individu yang mempunyai masalah sistem pernafasan
Gejala-Gejala Cuaca Panas
- Merasa sakit kepala
- Tumpuan menjadi lemah
- Otot terasa lemah serta kejang
- Mengalami mual dan muntah-muntah
- Merasa pening
- Mengalami dehidrasi
Selain mendatangkan masalah kesihatan pada kita, fenomena El Nino juga mampu mendatangkan tekanan fizikal terhadap tubuh badan kita. Oleh itu, kita disarankan mengambil langkah yang sepatutnya agar dapat mengatasi sebarang kesan buruk yang dapat berlaku disebabkan oleh El Nino. Berikut merupakan beberapa langkah yang dapat diamalkan bagi menghadapi fenomena El Nino.
Langkah Menghadapi El Nino
- Banyakkan minum air masak
- Kerap mandi bagi menyejukkan badan
- Pastikan pakaian anda tidak terlalu tebal atau ketat
- Hadkan aktiviti-aktiviti di luar rumah
- Kurangkan minuman yang berkafein serta kandungan gula yang tinggi
- Elakkan daripada bersenam di bawah cuaca panas
- Banyakkan berehat
- Minuman isotonik juga dapat membantu menggantikan garam dan mineral yang hilang ketika kita berpeluh
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html