Tips Kesihatan : Kebaikan Bedak Sejuk

oie_oxUIg4sXF3ZI

Hai semua, moga sihat semuanya yea. Hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan kebaikan sejenis bedak ni. Bedak ni sememangnya terkenal. Boleh dikatakan, ianya merupakan amalan turun temurun yang telah lama diamalkan. Bedak apa tu? Bedak sejuk la, tahu kan? 🙂 Ramai yang mengamalkan penggunaan bedak sejuk sebelum tidur.

Tahu tak anda, sebenarnya bedak sejuk mengandungi pelbagai kebaikan yang dapat membuatkan kulit wajah seseorang itu menjadi lebih sihat dan cantik. Sebelum kita beralih kepada kebaikan yang dapat kita peroleh daripada bedak sejuk ni, jom kita tengok dulu..dari mana asalnya bedak sejuk ni? Secara umumnya, bedak sejuk diperbuat daripada beras ataupun beras pulut.

 

Yup, bedak sejuk biasanya dihasilkan 100% daripada bahan semulajadi. Namun bahan-bahan yang digunakan seperti beras hendaklah daripada beras yang berkualiti. Ini kerana, penggunaan bahan yang tidak berkualiti seperti beras lama, berlapuk atau berkutu dapat….

membuatkan hasil yang kurang memuaskan. Selain itu, bedak sejuk juga boleh ditambah dengan bauan bunga sebagai bahan pewangi di dalam bedak sejuk. Walupun begitu, ramai yang lebih menggemari bedak sejuk asli.

 

Kebaikan Bedak Sejuk

oie_TQGJS89p57VF

  • Menyejukkan kulit muka : Sinonim dengan namanya, bedak sejuk sememangnya menyejukkan kulit muka kita apabila kita menggunakannya.
  • Kurangkan minyak pada muka : Bedak sejuk juga dapat menyerap minyak-minyak yang berlebihan pada kulit muka kita.
  • Melicinkan kulit muka : Seperti kita semua tahu, air basuhan beras adalah sangat baik untuk kulit. Bedak sejuk pula seperti yang dapat kita baca diatas, ia dihasilkan oleh beras yang telah direndam untuk satu jangka masa yang lama.
  • Muka menjadi tegang dan segar : Kesan daripada penggunaan bedak sejuk, kulit muka kita secara tak langsung akan menjadi lebih segar dan tenang.
  • Tanggalkan sel kulit mati : Amalan penggunaan bedak sejuk dapat menanggalkan sel-sel kulit mati diwajah kita.

 

Walaupun terdapat banyak kebaikan yang membuatkan kita bersemangat untuk mengamalkan penggunaan bedak sejuk. Tcm sarankan, anda membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum menggunakan sebarang produk bedak sejuk yang terdapat di pasaran. Ini kerana, dikhuatiri sekiranya terdapat bahan campuran yang mungkin dapat mendatangkan alahan buat sesetengah orang.

Sekiranya anda mengalami gejala-gejala tertentu selepas menggunakan bedak sejuk seperti kulit kering, terdapat ruam pada kulit wajah, segeralah berhenti menggunakan produk tersebut dan mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar perubatan yang bertauliah berkenaan dengan masalah anda. Ini bertujuan supaya masalah tersebut tidak berlarutan dan mendatangkan kesan yang berbahaya.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

oie_Un5hhN8USaCv

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *