Tips Kesihatan : Kebaikan Daging Lembu
Assalamualaikum semua, tcm nak mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua yang beragama islam. Semoga semuanya sentiasa gembira disisi yang tersayang. Untuk artikel kita pada hari ini, bersempena dengan Hari Raya Aidiladha yang mulia, tcm nak kongsikan dengan anda mengenai kebaikan yang dapat diperolehi daripada daging lembu.
Daging lembu sebenarnya mempunyai pelbagai kandungan yang berkhasiat dan bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan kita. Antaranya khasiat-khasiat yang dapat kita perolehi daripada daging lembu adalah seperti :
Protein
Protein merupakan salah satu zat yang terdapat di dalam daging lembu. Protein diperlukan di dalam membantu perkembangan otak. Selain itu, antara kelebihan protein yang lain ialah ia juga dapat membantu tubuh badan di dalam membentuk tisu baru pada otot-otot tubuh badan kita.
Zink
Fungsi bagi zat zinc ialah bagi meningkatkan metabolisme dan fungsi ketahanan tubuh badan. Kesan daripada kekurangan zinc mampu mendatangkan gangguan pada fungsi penghasilan sperma lelaki serta menggangu ketahanan tubuh badan mereka.
Zat Besi
Daging lembu mempunyai kandungan zat besi yang tinggi. Tubuh badan manusia, memerlukan zat besi bagi mengelakkan daripada anemia yang mampu membuatkan tubuh badan seseorang itu menjadi lemah dan tidak bermaya. Sama seperti zinc, zat besi juga dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh badan.
Omega3
Antara fungsi omega3 pula ialah ia dapat membantu fungsi jantung, sistem saraf pusat dan juga hati. Di dalam 150 gram daging lembu, terdapat kira-kira sekitar 30 gram asam lemak omega3.
Vitamin B Kompleks
Kebaikan yang dapat diperolehi daripada vitamin B kompleks ini ialah ianya dapat membantu sistem saraf otak seseorang itu. Sistem saraf otak yang sihat dapat membuatkan seseorang itu mengalami peningkatan pada tahap fokus serta memori mereka.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
https://www.google.com/#q=kebaikan+daging+lembu
http://sha3622.blogspot.my/2014/09/khasiat-daging-lembu-beef-nutrition.html