Tips Kesihatan : Kebaikan Pokok Mulberry
Salam sejahtera buat semua yang setia membaca. Info yang akan dikongsikan oleh TCM hari ini adalah berkenaan dengan sejenis pokok yang dikenali sebagai Pokok Mulberry. Mulberry merupakan sejenis tumbuhan asli yang kebiasaannya ditemui di bahagian tengah dan timur China. Pokok Mulberry juga dikenali dengan nama botaninya iaitu “Morus Alba”.
Secara umumnya pokok Mulberry yang ditanam dinegara China berwarna putih manakala pokok Mulberry yang menghasilkan buah berwarna merah dan hitam pula kebanyakkannya ditemui ditanam di negara-negara yang beriklim tropika dan sub-tropika. Banyak ke khasiat yang dapat diperoleh daripada pokok ini? Jom kita sama-sama tengok, apa yea yang istimewanya pokok ini?
Antara salah satu kegunaan pokok Mulberry adalah daunnya dijadikan makanan utama buat ulat sutera. Kajian juga menunjukkan, ulat sutera yang tidak memakan daun ini tidak dapat menghasilkan sutera yang baik. Ini menunjukkan daun Mulberry merupakan salah satu bahan penting bagi ulat sutera di dalam menghasilkan sutera yang baik.
Ok, apa pula kegunaannya buat manusia? Apa yang pasti, ia bukanlah untuk kita menghasilkan sutera yang baik..hehe Akan tetapi, pokok ini mengandungi pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan bagi mereka yang mengamalkannya. Secara tradisionalnya, buah Mulberry digunakan sebagai agen perubatan iaitu bagi memberi khasiat kepada :
- Buah pinggang
- Masalah lemah
- Masalah rambut beruban
- Yin dan darah
- Masalah keletihan
- Masalah anemia
Kandungan Yang Terdapat Dalam
Buah Mulberry
- Asid Sitrik
- Gula serta vitamin C
Daun Mulberry
- Adenin
- Amilas
- Asid Suksinik
- Karotena
- Kolin
Biji Mulberry
- Ureas
Kulit Akar Pokok Mulberry
- Beta-amirin
- Minyak meruap
- Resinotanol
- Sitosterol
Kebaikan Buah Mulberry
- Merawat masalah ketidakbolehan mengawal keluarnya air kencing
- Merawat masalah pening dan sembelit warga tua
- Meransang penghasilan cecair badan
- Menguatkan penglihatan
- Menyembuhkan penyakit kronik pada saluran pencernaan
- Menguatkan kebolehan mencerna dan menyerap
- Memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut dan sembelit
Kebaikan Daun Mulberry
- Sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak
- Membersihkan tubuh badan
- Meransang peluh
- Sebagai ubat batuk
- Merawat demam panas
- Mengubati selsema
- Mengatasi masalah tangan atau kaki kebas
Kebaikan Akar Pokok Mulberry
- Merawat asma
- Mengubati batuk
- Merawat busung
- Melawaskan pembuangan air kecil
- Merawat sistem pernafasan
- Menyingkirkan kahak dan hingus
- Merawat tekanan darah tinggi
NOTA PENTING! : Walaupun Pokok Mulberry mempunyai pelbagai jenis khasiat yang bermanfaat buat kesihatan kita. Adalah disarankan agar kita mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar perubatan seperti doktor yang bertauliah sebelum menggunakannya. Ini bertujuan supaya kita semua dapat menggunakannya dengan cara yang betul.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html