Tips Kesihatan : Khasiat Belut

oie_HgxDHycRakKk

Hai semua, sedar tak sedar kita telah pun masuk tahun baru kan? Semoga tahun ini memberi kita semangat untuk berusaha memiliki kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya. YES!! JOM2. Topik yang akan dibincangkan hari ini adalah mengenai khasiat belut. Hah! ada sesapa yang terkejut tak? Yup belut, tak salah tulis pun. Ramai sebenarnya tak tahu, belut sebenarnya baik untuk kesihatan.

 

Belut ke??

Disebabkan rupa bentuknya yang kelihatan seakan-akan seekor ular, ramai yang sering tidak mengambil tahu akan kelebihan-kelebihan yang diperoleh bagi mereka yang memakannya. Belut atau nama lainnya Monopterus albus merupakan makanan stamina lelaki yang mampu meningkatkan daya seksual seseorang itu. Dari segi kesihatan pula, ia dikatakan mampu menjaga daya tahan tubuh seseorang itu.

Belut adalah sejenis ikan yang mempunyai kepala yang berinsang dan hidup di dalam air. Belut juga lebih sering dikenali dengan nama “ikan linang”. Disebabkan baik untuk kesihatan, belut telah menjadi makanan kegemaran di banyak negara. Antara negara-negara tersebut ialah Jepun dan Korea. Di Malaysia sendiri, belut juga telah dijadikan ternakan komersial.

 

Kandungan Belut

oie_cX9H6UXloxVT

Belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Secara umumnya, kajian menunjukkan didalam daging belut terdapat Kolestrol, Sodium, Protein, Air, Kalori, Asid lemak tak tepu Omega-3, Asid lemak tak tepu Total Omega-6, Vitamin A, C, E (Alpha Tocopherol), Thiamin, Ribofl avin, Niacin, Vitamin B6, Folate, Vitamin B12, Pantothenic Acid, Choline, Kalsium, Zat besi, Magnesium, Fosfor, Potassium, Sodium, Zinc, Mangan dan Selenium.

 

Perubatan Tradisional

Di dalam perubatan tradisional, belut juga dapat digunakan bagi merawat penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin serta bagi menyembuhkan luka pembedahan. Terdapat banyak cara bagi memakan belut, antaranya ialah dengan cara memanggang belut tersebut, ataupun boleh juga dimakan dengan cara meminum sup renehan belut tersebut.

Amalan meminum sup renehan belut dikatakan mampu mengubati penyakit lelah seseorang itu. Selain itu, amalan memakan belut juga dapat menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata serta menguatkan lagi tahap ingatan seseorang itu. Hebat kan, banyak betul rupanya khasiat memakan belut ni. Untuk semua kaki pancing, apa lagi..belut pulak la lepas nie.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

oie_Un5hhN8USaCv

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *