Tips Kesihatan : Khasiat Timun
Hai semuanya, hari ini kita tidak akan membincangkan mengenai penyakit. Akan tetapi, untuk artikel kali ini, tcm akan berkongsi dengan anda semua berkenaan dengan kebaikan sejenis sayur yang kadangkala diabaikan. Disamping mencegah diri daripada mendapat sebarang jangkitan penyakit yang berbahaya. Kita juga perlu mengetahui jenis makanan yang dapat mendatangkan kebaikan buat diri kita.
Jadi untuk artikel ini, tcm akan kongsikan kebaikan-kebaikan yang dapat kita perolehi daripada “Timun”. Timun merupakan sejenis tanaman sayur yang sangat mudah untuk ditanam. Selain itu, ianya juga mudah untuk didapati dimana-mana sahaja di seluruh dunia. Di Malaysia, timun sering disajikan sebagai ulam serta dimakan bersama-sama dengan nasi lemak, satay dan lain-lain.
Walaupun kelihatan biasa pada pandangan kita. Timun sebenarnya memberikan impak yang besar terhadap kesihatan si pemakannya. Ini kerana, timun memiliki pelbagai khasiat yang baik untuk tubuh badan kita. Selain kesihatan, timun juga sering digunakan untuk mendapatkan kulit wajah lebih sihat dan cantik. Kajian menunjukkan, timun mampu menjadikan kulit seseorang itu licin dan halus.
Antara Kebaikan2 Timun :
- Menghidrasi tubuh badan anda – Timun dapat menggantikan kehilangan air dari badan kita kerana timun mengandungi kira-kira 90% air.
- Dapat menghilangkan panas badan luar dan dalam – Dengan memakan timun, seseorang itu dapat mengurangkan masalah seperti pedih ulu hati. Selain itu, ianya juga boleh melegakan “sunburn” apabila diletakkan pada kawasan tersebut.
- Membuang toksin dari badan – Amalan memakan timun dapat menyingkirkan toksin yang terdapat di dalam tubuh badan kita.
- Menyediakan vitamin keperluan harian – Timun mengandungi vitamin A, B dan juga C. Vitamin-vitamin ini dapat meningkatkan sistem imun tubuh badan kita.
- Membekalkan mineral mesra kulit – Timun mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan juga silikon. Bahan-bahan ini sangat berguna didalam mendapatkan kesihatan dan kecantikan kulit.
- Menurunkan berat badan serta memudahkan penghadaman – Timun merupakan sumber ideal buat mereka yang ingin menurunkan berat badan kerana timun memiliki kandungan air yang tinggi serta kalori yang rendah.
- Mempunyai ciri anti radang – Dengan ciri yang dimiliki ini, penggunaan timun yang diletakkan di atas mata dapat mengurangkan bengkak yang terjadi di bawah mata.
- Mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol – Menurut kajian, tiga bahan ini dapat mengurangkan risiko bagi berapa jenis kanser seperti kanser ovari, prostat, payudara serta kanser rahim.
Seperti yang dapat kita lihat, terdapat pelbagai macam kegunaan timun yang dapat memberikan manfaat buat kita. Sememangnya timun tidaklah harus diabaikan serta hendaklah kita manfaatkan kegunaannya bagi mendapatkan kesihatan tubuh badan yang lebih baik. Selain itu, kita juga dapat mencegah diri kita daripada mudah dijangkiti sebarang penyakit yang dapat membahayakan kesihatan kita.
Buat mereka yang makan nasi lemak atau satay tapi buat-buat pejam mata bila nampak timun tu..harap dah sedar la yea betapa ruginya kalau kita tidak mengamalkan memakan makanan yang memiliki banyak khasiat ini. Selain dapat memiliki tubuh badan yang lebih sihat, kulit pun akan kelihatan lebih menarik dan cantik. Tak rugi kan?? 🙂
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html