Tips Kesihatan : Langkah Mengatasi Kelemumur

oie_upcDKLRrZaO3

Apa khabar semua, tajuk yang tcm ingin kongsikan bersama anda hari ini adalah berkenaan dengan langkah-langkah yang dapat kita lakukan bagi mencegah kelemumur. Sebelum itu, tcm nak kongsikan dulu dengan anda semua sedikit sebanyak info mengenai kelemumur. Apa itu sebenarnya kelemumur? Adakah anda tahu kenapa sebenarnya kelemumur terjadi?

Nak tahu? Jom tcm nak kongsikan dengan anda semua. Nama saintifik bagi kelemumur adalah pityriasis capitis. Kelemumur adalah suatu keadaaan di mana seseorang itu menemui benda putih yang terdapat di atas kulit kepala mereka. Benda putih tersebut sebenarnya adalah pengelupasan berlebihan sel-sel kulit mati yang terkumpul pada kulit kepala.

 

Bagaimana Kelemumur Terjadi

Pertukaran kulit kepala adalah suatu perkara yang normal dan ia kebiasaannya mengambil masa selama 28 hari. Akan tetapi, bagi seseorang yang mengalami masalah kelemumur, pertukaran kulit kepala mereka biasanya mengambil masa dua kali lebih cepat daripada sepatutnya. Jadi, sebelum kulit kepala lama mereka sempat mengelupas, kulit kepala yang baru pula mengelupas lagi.

Selain itu, kelemumur juga dapat terjadi kesan daripada pertumbuhan kulat. Pertumbuhan kulat yang kebiasaannya terdapat pada kulit dan kulit kepala dikenali sebagai pitirosporum ovale. Pertumbuhan kulat yang semakin aktif didorong oleh penghasilan sebum (minyak semula jadi) yang terlalu banyak. Kulit kepala yang berminyak serta perubahan hormon selepas akhil baligh juga dapat mendorong kelemumur.

 

Faktor-Faktor Pendorong Kelemumur

  • Sering mengalami tekanan perasaan
  • Jarang bersyampu serta tidak membilas rambut dengan sempurna
  • Memiliki daya ketahanan tubuh badan yang rendah
  • Penggunaan pewarna rambut yang tidak betul
  • Penggunaan gel atau minyak rambut yang terlalu kerap
  • Penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit kepala

 

Tips-Tips Atasi Kelemumur

1. Guna syampu anti kelemumur : Gunakan syampu anti kelemumur setiap hari sehingga sisa-sisa sel kulit mati berkurangan atau tiada. Setelah itu, jarakkan penggunaan syampu sebanyak 3 kali seminggu. Walaupun begitu, haruslah kita tahu penggunaan syampu secara berlebihan juga adalah tidak disarankan kerana terdapat bahan kimia seperti lauryl sulfate yang dapat mengeringkan kulit kepala dan menyebabkan lagi banyak kelemumur yang terhasil.

2. Atasi stress dengan efektif : Seperti yang kita baca di atas, stress ataupun tekanan boleh menyebabkan kelemumur. Sekiranya anda dapat mengatasi stress dengan cara yang betul, anda dapat mengurangkan risiko kelemumur.

3. Gunakan yogurt : Yogurt merupakan salah satu bahan yang paling mudah untuk didapati dan digunakan untuk menghilangkan kelemumur. Caranya adalah : bilas rambut dengan air, seterusnya sapukan yogurt ke atas kulit kepala anda dan biarkan selama 10-15 minit. Setelah itu bilas lah dengan air bersih, gunakan sedikit syampu sekiranya perlu.

4. Jaga kebersihan diri anda : Kulat juga merupakan salah satu penyebab kepada kelemumur. Dengan memastikan diri serta kulit kepala kita bersih, kita dapat menghalang pembiakan kulat, dimana seterusnya dapat mencegah masalah kelemumur.

5. Amalkan petua tradisional seperti menggunakan daun pandan : Ambik 10 helai daun pandan yang agak tua dan tumbuk sehingga halus. Setelah itu, campurkan dengan dua gelas air. Tapis campuran tersebut dan sapukan dengan rata pada rambut yang sudah dibersihkan. Biarkan selama setengah jam dan kemudian bilas dengan air bersih.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://blog.mohdisa.com/cara-merawat-menghilangkan-kelemumur.html

http://kumpulantipscara.blogspot.my/2013/04/petua-hilangkan-kelemumur-di-kepala.html

21 Petua dan Cara Menghilangkan Kelemumur (Serta Tips Mencegahnya)

http://www.panduanmalaysia.com/2013/02/punca-dan-petua-berkesan-hilangkan.html

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *