Tips Kesihatan : Senaman Kardio

oie_WvK3M3fMUCDS

Apa khabar kawan-kawan semua? Hari ini tcm nak kongsikan berkenaan tips-tips senaman kardio yang sesuai diamalkan oleh wanita terutamanya bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Terdapat pelbagai jenis senaman yang dapat kita lakukan. Akan tetapi, memilih senaman yang sesuai bagi mereka yang baru bermula ingin bersenam amatlah penting sekali.

Hal ini kerana, dengan bermula secara berperingkat dan dengan cara yang betul dapat mengurangkan kadar risiko kecederaan yang dapat dialami mereka yang bersenam. Selain itu, kita juga dapat mengelakkan otot kita daripada menerima beban yang berlebihan pada peringkat awal melakukan senaman. Dengan mengelakkan sebarang kecederaan, kita akan lebih bersemangat untuk terus bersenam.

 

Disebabkan terlalu banyak senaman yang dapat kita temui, tcm pasti ianya akan mendatangkan kekeliruan terutamanya buat mereka yang baru bermula untuk bersenam. Jadi oleh itu, tcm ingin kongsikan beberapa jenis senaman kardio yang dapat dilakukan khusus buat mereka yang baru bermula untuk bersenam. Selain dapat membakar kalori, senaman kardio juga berfungsi untuk meningkatkan stamina kita.

 

Empat Senaman Kardio

Stretching[1]

  • Skipping : Senaman skipping dapat diamalkan oleh mereka yang ingin tampil sihat dan juga ramping. Sekiranya diamalkan dengan konsisten, skipping dapat memberikan impak pada keseluruhan badan seseorang itu. Bagi mengelakkan kita bosan, kita boleh pelajari pelbagai teknik skipping bagi menjadikan senaman tersebut lebih menarik. 🙂
  • Jogging : Senaman jogging merupakan senaman yang paling senang dilakukan. Selain dapat menghirup udara segar, kita juga dapat membakar lemak kita sekaligus mendapatkan tubuh badan yang lebih sihat. Senaman ini hanya memerlukan kita untuk memakai kasut yang bersesuaian. Bagi, mereka yang tidak mempunyai masa untuk bersenam diluar rumah, mereka tetap dapat melakukan aktiviti ini di dalam rumah dengan menggunakan peralatan seperti treadmill.
  • Berenang : Aktiviti seperti berenang juga merupakan salah satu bentuk senaman kardio yang dapat kita amalkan. Aktiviti senaman ini dapat menguatkan seluruh otot-otot tubuh badan kita selain membakar lemak secara menyeluruh. Sekiranya diamalkan dengan konsisten, kita juga dapat meningkatkan tahap stamina kita dan seterunsya dapat membantu kita untuk melakukan senaman yang lebih ‘advance’ pada masa akan datang.
  • Kick Boxing : Bagi wanita yang menginkan bentuk badan lebih pejal, mereka dapat melakukan senaman kick boxing sebagai rutin. Teknik tumbukan yang terdapat didalam kick boxing akan membantu untuk memejalkan otot lengan disamping mengelakkannya daripada menjadi mengeleber. Manakala, teknik tendangannya pula akan membantu memejalkan otot paha dan juga betis. Untuk mereka yang tercari-cari teknik senaman bagi mengecilkan paha, mereka dapatlah mengamalkan teknik senaman ini.

 

Berikut merupakan beberapa senaman yang dapat dilakukan terutamanya bagi wanita yang baru bermula untuk bersenam. Bagi wanita yang masih tertanya-tanya adakah kami akan berotot ketul-ketul seperti lelaki dengan bersenam? Jangan takut, jawapannya ialah “TIDAK”. Wanita dengan otot yang pejal tidak semestinya membuatkan wanita memiliki ciri-ciri maskulin. Ini kerana wanita mempunyai hormon yang berbeza dengan lelaki.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *