Punca-Punca Resdung

oie_RfXkMLuDTsCP

Hai semua, sebelum ini tcm pernah menulis artikel ringkas mengenai penyakit resdung. Tapi untuk kali ini, tcm nak kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan topik yang lebih spesifik mengenai resdung. Topik ini penting untuk kita sama-sama ambil tahu kerana, pada pendapat tcm, tcm pasti ramai yang mengalami masalah ini bukan. Selain itu, kesan penyakit ini sekiranya tidak dirawat adalah sangat berbahaya.

Tajuk kita hari ini ialah berkenaan dengan apakah punca-punca sebenarnya yang menyebabkan penyakit resdung. Penting untuk kita tahu apakah punca sebenarnya yang menyebabkan seseorang itu mengalami penyakit resdung. Dengan mengetahui punca-punca yang menyebabkan resdung, kita akan lebih berwaspada terhadap perkara-perkara tersebut.

 

Bagi anda yang ingin membaca artikel yang lepas berkenaan dengan penyakit resdung. Anda boleh la ikutinya melalui link di bawah ini :

http://sihat-bersama-tcm.herbal-treatment-advisory.com/penyakit-resdung/

 

Punca-Punca Resdung

Bakteria : Sekiranya anda mengalami selsema berpanjangan dan tidak juga sembuh setelah 10-15 hari. Besar kemungkinan bakteria telah pun masuk ke dalam sistem tubuh badan anda. Bakteria amat jarang sekali menyebabkan jangkitan pada sinus. Akan tetapi, bakteria kebiasaannya memburukkan lagi keadaan yang sedia ada. Ia biasanya menjadi penyebab kedua setelah virus.

 

Virus : Boleh dikatakan kebanyakan jangkitan sinus yang terjadi bermula dengan selsema. Selsema pula bermula dengan virus selsema yang menyebabkan tisu di dalam rongga hidung seseorang itu bengkak. Apabila hal itu terjadi, ia secara tak langsung akan membuatkan rongga hidung tersumbat. Apabila cecair sinus tidak boleh dikeluarkan disebabkan hidung yang tersumbat, ia boleh menyebabkan resdung.

 

Merokok : Tabiat merokok dapat menyebabkan hidung seseorang itu mengalami keradangan. Selain itu, ia juga meningkatkan lagi risiko seseorang itu mendapat jangkitan sinus. Segala kotoran ataupun bahan-bahan toksik daripada rokok akan terkumpul di dinding sinus dan menyebabkan pembengkakan serta membuat saluran hidung tersumbat terutamanya ketika selsema.

 

Jangkitan Kulat : Menurut kajian yang telah dijalankan, fakor ini merupakan salah satu foktor yang paling jarang sekali terjadi. Jangkitan kulat dapat menjangkiti sesiapa sahaja. Akan tetapi, ianya lebih sering ditemui pada mereka yang mempunyai sistem imunisasi badan yang lemah. Bagi sesetengah orang, jangkitan kulat dapat membuatkan mereka mengalami penyakit resdung yang teruk.

 

Alahan : Alahan juga merupakan salah satu faktor pendorong kepada resdung. Apabila seseorang itu mengalami alahan, ianya akan membuatkan hidung mereka menjadi gatal-gatal, berair, bersin dan akhir sekali menjadi pengundang kepada resdung. Terdapat pelbagai perkara yang dapat membuatkan seseorang itu mengalami alahan. Contohnya seperti bulu binatang, debu, makanan laut dan sebagainya.

 

Kolam Renang : Bagi mereka yang mudah sekali mendapat jangkitan sinus, adalah sangat tidak digalakkan mereka untuk selalu mandi di dalam kolam renang. Ini kerana, kadar klorin yang agak tinggi di dalam kolam renang boleh menyebabkan iritasi pada lapisan hidung dan juga dinding sinus. Ketika selam, tekanan air akan bertambah dan air dapat termasuk ke dalam rongga sinus tanpa sengaja.

 

Jadi, di atas merupakan diantara punca-punca utama yang menyebabkan seseorang itu mengalami resdung. Bagi yang masih tak tahu kenapa kita perlu berwaspada dengan penyakit resdung ni, jom kita sama-sama baca diantara kesan-kesan penyakit resdung kepada terhadap mereka yang mengalaminya :

  • Jangkitan Otak (meningitis)
  • Jangkitan pada tulang muka
  • Mengalami masalah berdengkur kronik
  • Mengalami jangkitan nanah disekeliling kawasan mata
  • Selsema yang sukar untuk sembuh
  • Jangkitan telinga dan tonsil

Oleh itu, adalah amat penting supaya kita dapat bersama-sama mencegahnya daripada terjadi. Mencegahkan lagi baik dari mengubati. 🙂

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan :

Punca Resdung Tiada Kaitan Dengan Ulat Resdung

http://kesihatan.info/6-punca-berlakunya-resdung/

http://www.dammahumnib.com/2016/01/10-punca-utama-penyakit-resdung.html

http://www.dammahumnib.com/2015/11/kenali-penyakit-resdung-sinusitis.html

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *