Penyakit Resdung

Hye.. :)

Kengkawan..!! adakah hidung anda sering gatal-gatal, kerap bersin, berhingus dan berkahak terutama pada waktu pagi serta mata sering berair? Jika ya, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan rapi kerana anda mungkin menghadapi masalah resdung atau sinusitis.

Resdung adalah penyakit yang berkaitan dengan hidung seseorang. Ianya terjadi akibat radang pada membrane sinus. Sinus ialah rongga dalam tulang muka yang mengandungi udara dan permukaannya diseliputi mukosa iaitu kulit yang mengeluarkan mukus atau hingus.

Mukosa berfungsi untuk mengeluarkan hingus dan hingus ini mengalir keluar dari sinus melalui lubang kecil yang dinamakan ‘ostium’ ke dalam rongga hidung. Apabila ‘ostium’ tersumbat, hingus terkumpul dalam sinus dan keadaan ini mengundang kehadiran kuman yang akhirnya boleh membawa kepada terjadinya resdung.

Kengkawan, Ketika kita  bernafas, setiap orang akan menghidu masuk ke dalam hidung berjuta spora fungus setiap hari iaitu dianggarkan 57 juta spora sehari. Bagaimanapun, spora ini tidak dapat membiak dalam hidung atau paru-paru yang segar dan sihat.

Mukosa hidung dilengkapi sistem pertahanan tertentu untuk melawan fungus atau bakteria. Apabila berlaku ralat dalam sistem imuniti setempat atau umum, spora fungus dapat membiak sehingga menyebabkan resdung kulat.

Petanda yang biasa bagi penyakit ini ialah sakit di bahagian muka, sakit gigi, tekanan di muka, hidung tersumbat, sakit kepala, keluar hingus yang berwarna kuning kehijauan dan berbau busuk. Sakit kepala sinus akan terasa apabila bangun dan menjadi teruk apabila membongkok. Seseorang itu merasakan dirinya tidak sihat. Membran mukus dalam hidungnya kelihatan merah dan bengkak dan mungkin terdapat nanah terkeluar dari hidung.

Rawatan diberikan bergantung kepada kategori dan tahap penyakit. Konsep rawatan THE TOLE boleh membantu mengubati penyakit resdung ini. Kebiasaannya rawatan ini mengambil masa antara 4 minggu. Bagi masalah-masalah yang lebih kritikal masa rawatan yang lebih lama mungkin akan diambil.

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>