Anorexia Nervosa

oie_fP8IMwr3mYUj

Apa itu yang dimaksudkan dengan anorexia nervosa? Anorexia merupakan sejenis penyakit yang menunjukkan seseorang yang sengaja membiarkan dirinya kelaparan berikutan perasaan yang merasakan tubuhnya terlalu gemuk serta berat badan yang berlebihan. Penyakit ini kebiasaannya dialami oleh remaja wanita. Hal ini disebabkan oleh mereka mungkin terpengaruh dengan majalah-majalah yang memaparkan model yang sangat ramping.

Ianya bermula apabila, mereka mula membayangkan bentuk tubuh ideal yang sepatutnya mereka miliki dan mula menjalankan diet yang ekstrim. Mereka yang mengalami masalah ini, memiliki fokus yang berlebihan untuk menjadi ramping sehinggakan mereka tidak sedar yang obsesi mereka mengganggu kesihatan mereka. Diet yang sepatutnya memberikan kesan yang baik pada tubuh badan, bertukar menjadi gangguan psikosis kompulsif.

 

Gejala-Gejala Anorexia

oie_w7hZKqEL6JiL

  • Berat badan yang tidak stabil (15% di bawah berat normal)
  • Badan selalu merasa lemah
  • Kulit menjadi kusam
  • Tidak mengalami menstruasi selama 3 bulan berturut-turut (wanita)
  • Sering merasa gelisah
  • Sentiasa risau sekiranya terlebih di dalam pengambilan kalori
  • Sentiasa menolak ketika dipelawa makan

 

Faktor-Faktor Pendorong Anorexia

tanda

  • Diet yang terlalu ketat
  • Kecenderungan terhadap kesempurnaan
  • Penyertaan di dalam sukan dan profesion yang memerlukan tubuh lansing
  • Mengalami perubahan hidup yang besar (Pindah sekolah baru)
  • Berada di dalam budaya yang meletakkan nilai tinggi pada badan kurus atau ramping
  • Trauma atau stress emosional

 

Anorexia & Bulimia Nervosa

doctor10

Secara umumnya, anorexia nervosa dan bulimia nervosa dapat digolongkan di dalam satu kategori penyakit yang sama. Bagi yang ingin mendapatkan info selanjutnya mengenai bulimia nervosa, bolehlah klik SINI!. Kedua-dua penyakit ini merujuk kepada satu masalah utama yang sama, iaitu penderita sangat takut sekiranya berat badannya bertambah.

Akan tetapi, terdapat sedikit perbezaan antara kedua-dua penyakit tersebut, iaitu anorexia beerti kehilangan selera makan. Walaupun begitu, tidak semua penderita anorexia kehilangan selera makan. Perasaan terlalu takut gemuklah yang menyebabkan mereka menahan nafsu makan secara tidak wajar sehingga akhirnya menyebabkan mereka hilang selera makan.

Bulimia pula adalah penyakit yang menunjukkan penderitanya memakan secara berlebihan, kemudian setelah itu, mereka memuntahkannya kembali agar berat badan mereka tidak naik. Disebabkan kedua-dua penyakit ini dikategorikan di dalam golongan yang sama, pasti anda tertanya-tanya kan, bagaimana dapat kita bezakan dari segi fizikal buat kedua-dua penderita penyakit tersebut.

Penderita anorexia sangat mudah untuk dikenalpasti berikutan tubuh badan mereka yang tersangatlah kurus. Bagi penderita bulimia pula, kebiasaannya mereka memiliki berat badan yang stabil bahkan “ideal”.

 

Langkah-Langkah Pencegahan Anorexia

cegah

  • Ajarkan anak-anak untuk menilai tubuh secara positif, terutamanya anak perempuan yang lebih terdedah untuk mengalami anorexia.
  • Tidak memberi komen negatif atau menghina bentuk tubuh orang lain, kerana dikhuatiri anak-anak akan risau sekiranya orang lain akan berkata yang sama kepadanya.
  • Sentiasa berbincang dengan anak-anak akan masalah-masalah yang dihadapi mereka
  • Terapi tingkah laku kognitif atau psikoterapi boleh membantu seseorang itu mengembangkan kemahiran berfikir yang lebih sihat.
  • Sering melakukan sesi terapi di rumah bagi membantu mana-mana anggota keluarga yang mempunyai masalah.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

animasi

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

oie_3161540RHyJXZzB

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *