Sakit Bulimia Nervosa

Hye :)

Bulima Nervosa adalah satu gangguan emosi makan iaitu perilaku terhadap cara makan. Ianya lebih kepada keadaan dimana seseorang makan secara berlebihan diikuti dengan memaksa makanan itu keluar semula dengan memuntahkannya. Tabiat tidak sihat ini dilakukan oleh pesakit disebabkan mereka gagal mengawal nafsu makan tetapi dlam masa yang sama terlalu obses terhadap bentuk badan mereka.

sebahagian besar penderita adalah golongan wanita dimana mereka adalah kaum yang jauh lebih mementingkan penampilan fisik tertutamanya bentuk badan mereka.

Penghidap bulimia biasanya makan dengan banyak tetapi akan cepat pula ‘memuntahkan’ kembali apa yang mereka makan dengan kaedah menjolok anak tekak. Namun, ada juga yang sanggup menggunakan ubat laksatif atau diuretik supaya cepat membuang air besar, berpuasa panjang untuk mengurangkan berat badan dan senaman keterlaluan.

 

Penyebab Bulima Nervosa

Kengkawan penyebab utama bagi  penderita ini belum diketahui secara pasti sehingga sekarang, namun begitu terdapat beberapa faktor yang diduga sebagai penyebab terjadinya kelainan ini, antaranya adalah Perilaku maladaptive, mengalami masalah keluarga,mengenai kecelaruan identiti diri dan juga terpengaruh dengan budaya  semasa dimana terlalu menitikberatkan pada penampilan fisik.

 

Simptom Bulima Nervosa

Kebanyakkan simptom yang biasa dilihat pada penghidap bulimia ialah kegagalan mereka mengawal nafsu pemakanan, malah  mereka juga makan dalam kuantiti yang banyak sebelum berhenti apabila perut terasa tidak selesa. Selain itu, pesakit bulimia kerap dilihat melakukan senaman dengan kadar berlebihan dalam tempoh singkat yang mampu menyebabkan degupan jantung tidak terkawal, malah ia juga dikesan penyebab penyakit gastrik refluks yang paling kronik.

 

Kesan buruk Bulima Nervosa

Penderita penyakit nie Kebanyakkannya berat badan mereka akan sentiasa turun naik dan tidak seimbang selain ianya boleh menyebabkan kematian akibat penghasilan asid gastrik berlebihan. Penderita juga akan mengalami muntah berulang kali, ketidakseimbangan elektrolit dalam badan, Kerosakan lapisan perut, degupan jantung tidak seragam, Kerosakan buah pinggang dan sebagainya. Selain itu mereka juga kerap terbabit dengan penyalahgunaan dadah dan alcohol disebabkan gangguan fikiran, resah dan murung.

 

Hakikatnya pesakit bulimia masih boleh diselamatkan berbanding pesakit aneroxia yang sememangnya membawa maut. Pesakit bulimia tidak menghadkan jumlah makanan diambil, bahkan mereka makan tanpa berhenti tetapi memuntahkan semula selepas beberapa ketika, berbeza dengan aneroxia yang langsung tidak makan dan memudaratkan diri hingga membawa maut. Penderita ini boleh mendapatkan rawatan di pusat rawatan THE TOLE untuk menjalani rawatan psiokologi dan kaunseling selain ianya akan disediakan herba untuk memulihkan tubuh badan pesakit dan rawatan akupuntur untuk mengembalikan semula tenaga  QI dalaman terhadap pesakit. Penderita  Bulima Nervosa juga akan diberikan pendedahan tentang tabiat pemakanan dan makanan yang betul.

Kesimpulannya, kita mempunyai pelbagai pilihan dalam hidup, maka buatlah keputusan dengan bijak..Dan Sayangilah diri anda untuk kesejahteraan hidup pada hari esk.==))

Noktah..=))

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>