Tips Kesihatan : Mengatasi Darah Tinggi

oie_TWUR2blvSdbe

Salam semuanya, sihat ke? Tajuk yang akan dikongsikan hari ini ialah berkenaan dengan cara-cara untuk mengatasi penyakit darah tinggi. Seperti yang kita semua ketahui, penyakit darah tinggi tidaklah boleh dipandang remeh. Ini kerana, penyakit darah tinggi mampu mengancam nyawa anda. Lebih bahaya lagi, ianya juga dapat menjadi penyebab kepada kematian yang mengejut.

Anda dapat baca lebih lanjut lagi berkenaan dengan bagaimana darah tinggi mampu membunuh secara senyap pada artikel sebelum ini iaitu “Darah Tinggi Membunuh Secara Senyap“.

 

Bagaimana nak tahu sekiranya seseorang itu mengalami darah tinggi? Seseorang itu dikatakan mengalami darah tinggi apabila tekanan darah mereka melebihi 140/90 mmHg. Mereka yang mengalami darah tinggi juga akan mengalami gejala-gejala seperti :

  • Degupan jantung kencang
  • Sering pening
  • Mengantuk
  • Sakit kepala
  • Sukar untuk bernafas
  • Pandangan kabur tanpa sebab

Untuk baca info lanjut mengenai Tekanan darah Tinggi [PIH], sila klik SINI.

 

Jom kita teruskan bacaan kita untuk tahu apakah langkah-langkah ataupun tips yang dapat kita lakukan bagi mengatasi tekanan darah tinggi. Antara Tips Turunkan Tekanan Darah Tinggi yang boleh anda amalkan ialah :

Melakukan Senaman Secara Teratur

Walaupun anda sentiasa sibuk, pastikan anda dapat mencari waktu sekurang-kurangnya selama 30 minit sehari untuk melakukan senaman-senaman ringan yang sesuai dengan tubuh badan anda. Elakkan daripada hanya bersenam untuk satu atau dua hari seminggu dengan melakukan senaman yang berat. Adalah lebih baik anda bersenam setiap hari, walaupun senaman tersebut hanya senaman ringan.

Mengamalkan Pemakanan Seimbang

Selain daripada faktor luaran, faktor dalaman seperti pemakanan juga penting. Antara makanan-makanan yang disarankan untuk menurunkan tekanan darah tinggi ialah seperti makanan yang kaya biji-bijian, buah-buahan, sayuran, dan juga produk susu rendah lemak.

Kurangkan Minuman Berkafein

Menurut kajian yang telah dijalankan, kafein dapat menyebabkan tekanan darah seseorang itu meningkat. Walaupun begitu, perkara ini didapati menunjukkan kesan yang berbeza-beza mengikut individu itu sendiri. Jadi kesimpulannya, adalah baik untuk kita mengelakkan daripada minum minuman yang berkafein secara berlebihan.

Menurunkan Berat Badan Berlebihan

Seiring dengan peningkatan berat badan, tekanan darah juga akan meningkat. Dengan mengurangkan berat badan yang berlebihan, kita secara tidak langsung akan mengurangkan tekanan darah kita. Memiliki lemak yang banyak diseliling pinggang juga merupakan salah satu faktor pendorong darah tinggi.

Kurangkan Stress

Stress sememangnya antara faktor pendorong yang sudah menjadi lazim kepada darah tinggi. Terdapat pelbagai perkara yang dapat membuatkan seseorang itu stress. Antaranya seperti pekerjaan, keluarga, kewangan, kesihatan dan banyak lagi. Anda boleh kurangkan stress dengan mempelajari cara yang betul di dalam menanggani suatu-suatu masalah itu.

 

Berikut di atas merupakan beberapa tips yang boleh dijadikan sebagai panduan ataupun amalan di dalam mengatasi tekanan darah tinggi. Dengan mengikuti tips-tips di atas, tcm pasti anda semua dapat mengurangkan risiko serangan darah tinggi.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://carasehat.net/13-cara-mengobati-darah-tinggi-dengan-cepat-secara-alami-tanpa-obat/

http://grosiramazonplus.com/10-cara-alami-menurunkan-tekanan-darah-tinggi/

http://halosehat.com/penyakit/darah-tinggi/cara-mengatasi-darah-tinggi

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *