Tekanan darah Tinggi [PIH]

Tekanan darah tinggi (PIH)

Tekanan darah tinggi semasa hamil juga dikenali sebagai Pregnancy induced hypertension. Hal ini boleh membawa kepada keadaan yang lebih serius yang dikenali sebagai preeclampsia. Hal ini boleh telah menjejaskan kira kira 8% dikalangan ibu hamil.

 

Terdapat beberapa jenis tekanan darah tinggi semasa hamil:-

Hypertension kronik

  • Dikenali juga sebagai chronic hypertension. Ibu yang mempunyai tekanan darah melebihi 140/90 sebelum mengandung, pada peringkat awal kehamilan atau pun berterusan semasa kehamilan.

Hypertension gestasi

  • Dikenali sebagai gestational hypertension. Kiraan tekanan melebihi 140/90 terjadi selepas kehamilan minggu ke 20. Tetapi tiada pengeluaran protein dalam air kencing dan akan hilang selepas kelahiran bayi.

Preeclampsia

  • Kedua dua hypertension kronik dan hypertension gestasi boleh menyebabkan preeclampsia. Keadaan yang teruk selepas kehamilan minggu ke 20. Ia boleh membawa kepada komplikasi yang serius untuk kedua dua ibu dan bayi jika tidak dirawat dengan cepat. Gejala gejala bukan sahaja pada tekanan darah tinggi, malah boleh memberi kesan kepada fungsi buah pinggang, otak dan organ organ penting yang lain di dalam badan menyebabkan pengeluaran protein dalam air kencing.
  • Eclampsia akan berlaku jika preeclampsia tidak dirawat dengan segera dimana ibu mula mendapat sawan. Sekiranya tekanan darah menjadi lebih tinggi, kemungkinan akan membawa kepada kematian si ibu dan bayi semasa hamil. Terdapat juga risiko stroke terhadap ibu sekiranya tekanan darah tidak dapat dikawal.

Bagaimana tekanan darah tinggi boleh memnahayalan kandungan anda?

  • Penyebab sebenar masih tidak diketahui. Tetapi para pakar perubatan telah mendapati preeclampsia mungkin terjadi disebabkan pembentukan uti yang tidak normal yang mana boleh berlaku seawal minggu 18-20 kehamilan. Salur darah yang terdapat dalam uri tidak menjadi nipis dan lembut. Terdapat juga darah beku menyebabkan salur darah tersumbat di dalam uri. Tekanan darah tinggi akan menjejaskan perkembangan bayi dan bayi dilahirkan lebih kecil dari normal. Walaubagaimanapun, sesetengah PIH akan hilang selepas proses kelahiran.

 

Siapakah yang berisiko ?

  • Ibu yang kali pertama mengandung dan ia serng terjadi kepada kandungan sulung.
  • Ibu yang mempunyai keluarga yang mempunyai PIH
  • Kandungan kembar
  • Ibu yang berumur kurang dari 20 tahun atau lebih 40 tahun
  • Ibu yang mempunyai hypertension kronik.
  • Wanita yang mempunyai penyakit buah pinggang sebelum hamil
  • Ibu yang terlalu kurus ataupun rendah
  • Kandungan molar (kandunggan anggur)

Bagaimana tekanan darah tinggi semasa hamil dirawat.

  • Kebanyakkan ibu boleh melahirkan bayi yang sihat jika PIH dikesan awal dan dirawat dengan penjagaan prenatal biasa.
  • Jika PIH anda teruk, ia boleh membawa kepada preeclampsia yang boleh menyebabkan kesan yang serius kepada ibu dan bayi.
  • Jika anda mempunyai hypertension yang ringan dan bayi belum mencapai kematangan, doctor mungkin akan menasihatkan anda untuk:-
  1. Rehat dan berbaring disebelah kiri semasa tidur,
  2. Kerapkan pemeriksaan natal,
  3. Kurangkan memakan garam
  4. Minum 8 gelas air sehari
  • Jika bayi anda telah mencapai kematangan yang secukupnya, kelahiran bayi mungkin dijalankan secepat mungkin.
  • Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi yang teruk, doctor mungkin cuba merawat anda dengan ubat tekanan darah sehingga anda boleh melahirkan bayi anda dengan selamat. Anda boleh mendapat lebih nasihat dan maklumat daripada doctor anda.

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>