Darah Tinggi Membunuh Secara Senyap

hye kengkawan..

Pe habaq sume…ada sihat?

Kalau anda lihat tajuk entri kali nie memang agak menakutkan.Tetapi itulah hakikatnya bahawa penyakit darah tinggi adalah pembunuh secara senyap yang akan menyebabkan kematian mengejut.. ouuch.. ngerii weyhhh..!!

Apakah penyakit darah tinggi nie?

Okey, sebenarnya, penyakit ini berlaku apabila tekanan yang dihasilkan oleh darah ke atas dinding arteri semasa jantung mengepam darah kita. Apabila tekanan darah diukur, terdapat 2 bacaan. Tekanan yang lebih tinggi, tekanan sistolik, adalah tekanan darah pada arteri semasa jantung sedang mengepam darah. Tekanan yang lebih rendah, dipanggil diastolik, adalah tekanan darah pada arteri  semasa otot jantung sedang berehat di antara dua denyutan.

kengkawan perasan tak, sejak Kebelakangan ni penyakit darah tinggi makin berleluasa  dalam masyarakat kita sekarang. Mungkin untuk menyalahkan tentang rutin pemakanan harian kat Malaysia nie penyebab utama terjadi masalah ini boleh diambil kira juga selain ianya berkait rapat dengan penyakit genetik daripada keturunan. Tetapi bagi saya kesedaran diri mesti diutamakan seperti penjagaan kesihatan yang berterusan harus diterapkan oleh setiap individu sejak awal lagi dalam masyarakat sekarang. Peranan ini haruslah didukung oleh semua pihak seperti mengadakan kempen kesedaran, meningkatkan taraf kesihatan untuk semua penduduk oleh badan-badan yang bertanggungjawab selain mewujudkan lebih banyak lagi pusat kesihatan  terutamanya di kawasan pedalaman.

Okey, berbalik kepada topik asal, kenapa saya menganggapnya sebagai penyakit pembunuh secara senyap adalah kerana Kebanyakan pesakit pada permulaanya  tidak menunjukkan sebarang petanda bahawa mereka mempunyai tekanan darah yang tinggi sehinggalah mereka mengalami keadaan seperti serangan jantung, stroke, kegagalan buah pinggang dan juga kebutaan.Oleh itu, untuk mengelakkan masalah tersebut terjadi selalulah melakukan pemeriksaan di pusat-pusat kesihatan yang disediakan.

Kenapa seseorang itu mendapat tekanan darah tinggi?

Anda boleh mendapat tekanan darah tinggi sekiranya anda merupakan seorang lelaki atau seseorang yang mempunyai latar belakang keluarga mengalami serangan jantung atau angin ahmar (strok) pada usia muda. Faktor lainnya mungkin disebabkan keturunan seperti kecenderungan menghidap darah tinggi atau kegemukan. Bagaimanapun sesetengah faktor risiko ini merupakan sesuatu yang anda sendiri lakukan (pilihan) seperti merokok, suka memakan makanan yang tinggi lemak atau berminyak dan tidak bersenam secukupnya.

Bagi saya pencegahan adalah lebih baik daripada merawati.. jom ambil langkah ini untuk mencegah penyakit berbahaya ini daripada terjadi .

Berikut adalah beberapa kaedah yang penting untuk anda amalkan :

  • Kekalkan berat badan. Anda perlu mengawal berat badan ke tahap yang ideal. Ini ialah kerana pertambahan berat badan berlebihan ia akan meningkatkan tekanan darah. Jadi, sekiranya anda memiliki berat badan yg berlebih, berusahalah menurunkannya dan mendapatkan julat berat badan yang ideal dan kekalkannya buat selama-lamanya.
  • Tabiat makan yang baik akan mengurangkan risiko terhadap banyak penyakit termasuk tekanan darah tinggi dan sebagainya.
  • Lakukan senaman secara berkala
  • Cuba elakkan pengambilan alcohol
  • Makan makanan yang seimbang. Ambil makanan yang kaya dengan buah-buahan, sayuran dan rendah lemak.
  • Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
  • Cuba berhenti merokok
  • Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala

 

# Kesimpulannya bagi saya, tekanan darah tinggi bukanlah suatu penyakit yang tidak dapat dipulihkan, ianya dapat dikawal selagi anda mengamalkan GAYA HIDUP YANG SIHAT, pemakanan yang unggul dan mengelakkan faktor-faktor risiko yang menyebabkan tekanan darah tinggi.

 

 

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>