Penyakit Batu karang – Punca dan kesannya

Hye :)

Dalam zaman yang serba canggih dan moden nie kengkawan, nasihat orang tua dulu-dulu sering dilupakan. Antaranya ialah jangan suka menahan air kencing kerana ianya boleh menyebabkan penyakit batu karang. weyhhhh boleh diterima ker nasihat nie? Walaupun memang tiada kajian dan bukti saintifik tentangnya? ermmmm tapi  jika anda fikirkan kembali kengkawan ianya memang boleh digunakapakai dan tidak boleh dipandang ringan kerana nasihat ini banyak manfaatnya…kan kan..!!

Okey cube anda memahami seketika secara logiknya apabila seseorang menahan kencing, dia mesti akan kurang minum. Jika kurang minum, air kencing mesti akan menjadi pekat dan mengandungi banyak bahan yang boleh membentuk batu karang.

yepzzz sebelum nie saya sudah menulis entry mengenai PENYAKIT BATU KARANG..Boleh rujuk untuk menambah pengetahuan kengkawan tentang bagaimanakah penyakit batu karang ini terjadi dan apakah jenis-jenisnya..

penyakit batu karang

Punca Atau Faktor Berlakunya

Berbagai Punca yang boleh mempengaruhi untuk terbentuknya  batu karang nie kengkawan antaranya:

Kekurangan air didalam tubuh badan. Jika tidak cukup minum air, terutamanaya air masak, air kencing seseorang akan menjadi lebih pekat. Ini sebebnya individu yang kurang minum air lebih mudah untuk mengalami masalah batu karang.

Sejarah keluarga juga merupakan factor yang boleh menyebabkan masalah batu karang nie. Seseorang yang mempunyai sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama.

Dalam kajian yang dijalankan kebanyakkan kes berlaku dikalangan umur 20 hingga 70 tahun.. so maknanya disini umur juga merupakan factor terbentuknya batu karang seseorang.

Dari segi jantina, lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.

Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid uric seperti organ dalaman iaitu hati, jantung, limpa, selain daging merah, makan laut yang bercengkerang dan alcohol boleh meningkatkan risiko untuk terjadinya batu karang. Selain itu diet yang kurang serat seperti buah-buahan, sayuran dan bijiran juga boleh menyumbang kepada masalah ini.

Kurang senaman, kurang bergerak atau terlantar terlalu lama lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.

 

Kesan Atau Gejala Yang Terjadi

Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. Bagaimanapun bukan semua kes mempunyai gejala, kecuali jika batu karang berkenaan besar sehingga menyekat saluran tertentu dan menyebabkan jangkitan. Kebiasaannya rasa sakit ini datang dan pergi dalam masa antara lima hingga 15 minit.

Apabila batu karang ini berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub yang dipanggil ureter, pesakit mengalami rasa sakit pada abdomen bawah. Kesakitan ini terhenti apabila batu karang berhenti bergerak.

Air kencing penghidap mengeluarkan darah.

Air kencing akan menjadi keruh dan berbau busuk.

Sering berasa mual dan muntah.

Sentiasa terasa hendak kencing.

Demam dan menggigil jika berlaku sebarang  jangkitan.

 

Kengkawan mencegah lebih baik daripada mengubati.. oleh itu amalkan gaya hidup sihat sepanjang masa… jika terdapatnya symptom-symtom atau tanda-tanda berkemungkinan anda menghidapi penyakit batu karang ini jangan teragak-agak untuk mendapatkan sebarang rawatan secepat mungkin.

Perubatan KL Kuala Lumpur telah terbukti berkesan untuk penyakit batu karang ini. Rawatan awal sangat penting untuk kadar pemulihan yang singkat. Bagi mereka yang sudah mengalami tahap serius mereka akan diberi rawatan secara berperingkat oleh pakar perubatan yang dikenali sebagai master cina. Rawatannya yang menggunakan rawatan tradisional cina mengunakan herba dan akupuntur tanpa meninggalkan sebarang kesan sampingan kepada pesakit. sebarang pertanyaan mengenai rawatan boleh dibuat diruang yang disediakan.

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

8 Responses

  1. zahirah sim says:

    Saya kerap hendak kencing…..kadang bukn ada air kencing pun keluar…..terasa sakit di bahagian ari2 tiap kali nk kencing

    • admin says:

      Terima kasih kerana sudi bertanya. Saya cadangkan cik untuk mengunjungi link dibawah bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai masalah cik. Mereka sangat berpengalaman di dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Saya doakan semoga cik cepat sembuh yea. :)

      http://thetole.org/

  2. fazlin says:

    macam mana nak dapatkan khidmat rawatan tradisional cina tersebut?adakah ia nya sesuai untuk muslim?

    • admin says:

      Bagi mendapatkan khidmat rawatan tradisional cina tersebut, puan dapat mengunjungi website mereka di link dibawah. Pesakit daripada pelbagai negara datang bagi mendapatkan rawatan daripada beliau, tidak terkecuali juga mereka yang beragama islam. Daripada pengetahuan saya, ubat-ubatan dan rawatannya insyaAllah sesuai buat semua, termasuk yang beragama islam. Semoga ianya dapat membantu masalah yang dihadapi puan. Terima kasih. :)

      http://thetole.org/

  3. sam says:

    Salam..mohon pencerahan..jika menghidap penyakit ini..bagaimana ‘performance’ dalam hubungan intim..adakah akan terganggu juga..??

    • admin says:

      Assalam En. Sam. Terima kasih kerana sudi bertanya. Saya cadangkan tuan untuk mengunjungi link dibawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai penyakit ini. Mereka sangat berpengalaman di dalam merawat pelbagai jenis penyakit. :)

      http://thetole.org/

  4. najwa says:

    Nak tanya sedikit adakah penyakit ini mempunyai kaitan rokok

    • admin says:

      Assalam Cik Najwa. Terima kasih kerana sudi bertanya. Saya cadangkan cik untuk mengunjungi link dibawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai penyakit ini. Mereka sangat berpengalaman di dalam merawat pelbagai jenis penyakit. :)

      http://thetole.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>