Penyakit Botulisme

oie_4OBeOo9U3tIl

Salam sabtu semua, tajuk artikel pada hari ini ialah berkenaan dengan sejenis penyakit yang dikenali sebagai “botulisme”. Botulisme merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan berlakunya gangguan pada otot, sistem pernafasan dan sistem pencernaan. Walaupun penyakit ini sangat jarang sekali terjadi, namun kita hendaklah berjaga-jaga kerana penyakit ini mampu menyebabkan kematian sekiranya tidak segera diubati.

Sebab utama yang menyebabkan seseorang itu mengalami botulisme adalah disebabkan oleh racun yang dikenali sebagai clostridium botulinum. Setiap orang tanpa mengira pangkat umur berisiko menghidapi penyakit ini.

 

Gejala-Gejala Botulisme

  • Sukar untuk bernafas
  • Mengalami kejang pada bahagian otot dan perut
  • Pandangan menjadi kabur
  • Kesukaran untuk bercakap atau menelan makanan
  • Kelopak mata kelihatan jatuh/turun
  • Mual serta muntah-muntah
  • Mulut menjadi kering

 

Penyebab Botulisme

Anda berpotensi mengalami penyakit ini apabila makanan yang anda makan mengandungi racun seperti yang telah dinyatakan di atas. Risiko menghidapi botulisme akan semakin meningkat apabila makanan teresbut tidak dimasak dengan betul. Selain melalui pemakanan, penyakit ini juga dapat menjangkiti seseorang itu melalui luka yang dialami mereka.

Apabila bakteria telah memasuki luka mereka, bakteria tersebut seterusnya akan berkembang dan menjadi racun. Bagi bayi pula, mereka biasanya mendapat penyakit ini melalui spora yang terdapat pada tanah apabila mereka bermain di luar rumah. Apabila mereka termakan spora tersebut, spora itu akan tumbuh di dalam saluran pencernaan mereka dan menghasilkan racun.

 

Faktor Pendorong Botulisme

  • Kebersihan makanan yang tidak terjaga
  • Tidak menjaga kawasan yang luka supaya bersih dan bebas kuman
  • Bayi yang baru dilahirkan
  • Sistem ketahanan tubuh badan yang lemah

 

Langkah Pencegahan Botulisme

Langkah pencengahan yang boleh kita lakukan adalah dengan mencegah segala perkara yang dapat mendorong kepada penyakit ini. Contohnya seperti mencegah luka yang dialami anda dari terkena sebarang kotoran terutamanya kotoran daripada tanah. Selain itu, anda juga boleh :

  • Simpan minyak yang telah diresapi dengan bawang putih dan rempah-rempah di dalam peti sejuk
  • Masak makanan pada suhu 250 F (121 C) selama sekurang-kurangnya 30 minit
  • Elakkan daripada penyalahgunaan dadah
  • Elakkan daripada memberikan madu pada bayi yang berusia kurang daripada 1 tahun
  • Sekiranya anda membungkus kentang di dalam foil sebelum membakarnya, makanlah ketika kentang tersebut masih panas atau simpannya di dalam peti sejuk.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://www.kompasiana.com/ajuskoto/botulisme-penyebab-dan-pencegahan_552875006ea834b8418b457e

http://www.sehatfresh.com/botulisme/

https://hellosehat.com/benh/botulisme/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>