Penyakit Celiac

oie_SGxXmTrAwWk8

Salam jumaat buat semua, tajuk artikel kita pada kali ini ialah berkenaan dengan sejenis penyakit yang dikenali sebagai “celiac”. Tahu kah anda apa itu sebenarnya penyakit celiac? Penyakit celiac adalah suatu keadaan di mana seseorang itu mengalami masalah pencernaan. Pesakit celiac akan mengalami tindak balas negatif apabila mereka memakan sesuatu yang mengandungi gluten.

Gluten merupakan sejenis protein yang terdapat di dalam makanan seperti roti, biskut dan juga pasta. Gluten berasal daripada biji-bijian seperti gandum, barli, rye dan triticale.

 

Bagaimana Celiac Terjadi?

Penyakit celiac merupakan keadaan autoimun dimana tubuh badan seseorang itu menganggap gluten sebagai satu ancaman bagi tubuh badan. Hai itu seterusnya membuatkan sistem ketahanan tubuh badan menyerang gluten dan pada masa yang sama turut mengganggu jaringan tubuh badan yang sihat. Kesan daripada perkara itu, penyakit celiac dapat melemahkan tulang dan juga melambatkan tumbesaran pada kanak-kanak.

 

Gejala-Gejala Celiac

  • Merasa sakit pada bahagian perut
  • Perubahan pergerakan pada usus besar
  • Perut kembung
  • Tubuh badan terasa lemah
  • Sering merasa lelah
  • Mengalami kerosakan pada lapisan gigi dan kepadatan tulang
  • Sakit pada sendi-sendi

 

Apakah Yang Membuatkan Celiac Terjadi?

Penyebab kepada penyakit ini masih lagi belum diketahui. Walaupun begitu, hasil daripada kajian yang telah dijalankan. Pakar perubatan berpendapat, jenis gen yang tertentu mampu meningkatkan faktor-faktor seseorang itu menghidapi penyakit ini. Sebagai contoh, mereka yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit ini juga turut berisiko tinggi menghidapinya.

 

Langkah Mengatasi Celiac

Bagi mengatasi penyakit celiac, doktor biasanya akan mencadangkan pesakit celiac untuk mencegah daripada makan-makanan yang mengandungi gluten. Hal ini supaya sistem ketahanan tubuh badan mereka tidak terus menerus merosakkan jaringan tubuh badan mereka yang sihat. Penting untuk kita semua tahu, gluten tidak hanya terdapat pada makanan sahaja.

Gluten juga terdapat pada ubat-ubatan, vitamin dan juga lipstik. Makanan yang disarankan bagi pesakit celiac adalah makanan-makanan bebas gluten. Antara makanan-makanan bebas gluten ialah :

  • Daging
  • Ikan
  • Sayur-sayuran
  • Keju
  • Mentega
  • Susu
  • Kentang
  • Nasi

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://dokita.co/blog/penyakit-celiac/

http://www.alodokter.com/penyakit-celiac

 

You may also like...

2 Responses

  1. Alia says:

    Assalamualaikum saya alia berumur 19 tahun. Saya tak tahu sama ade saya mengalami celiac atau tak tapi yang saya pasti apabila saya makan chocolate roti donut pizza n yang berkenaan dgn roti and chocolate perut saya akan sakit dan mengluarkan kentut yg berbau busuk. Dan saya juga mengalami benda yang sama bila saya makan cheese. Terima kasih.

    • admin says:

      Waalaikumussalam Cik Alia. Terima kasih kerana sudi bertanya. Saya cadangkan cik untuk mengunjungi link dibawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai penyakit celiac ini. Mereka sangat berpengalaman di dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Saya doakan semoga cik cepat sembuh yea. :)

      http://thetole.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>