Tanda-Tanda Awal Kanser

HYE :)

Anda tahu kah tanda-tanda awal anda menghidap kanser…baru-baru nie saya sudah menulis mengenai apakah maknanya kanser dan bagaimanakah ianya terjadi.. sila rujuk diSINI

Kengkawan, kebiasaanya  kanser dirujuk mengikut anggota terjadinya kanser tersebut seperti kanser  payudara, kanser perut, kanser pangkal rahim, kanser hati, kanser leher, kanser otak, kanser darah dan berbagai lagi..

Untuk pengetahuan anda juga kengkawan, kanser ini terdapatnya empat tahap. Kebiasaanya jika anda disahkan mempunyai tumor yang mendatangkan kesakitan kepada organ dan bahagian badan tertentu kemungkinan bsar anda sudah mencapai kanser tahap 3 atau 4. pada tahap 1 dan 2 agak sukar dikesan oleh empunya diri kerana disamping ianya tidak mendatangkan kesakitan yang berpanjangan seringkali tanda tanda awal kemunculannya disalah tafsir sebagai gejala2 biasa.

Keperluan dalam  penjagaan kesihatan perlu ditikberatkan dan mengadakan ujian kesihatan sekurang-kurangnya 3 bulan sekali di pusat perubatan yang disediakan untuk mengelakkan kanser ini terjadi selain boleh mngenalpasti lebih awal jika kanser ini berlaku.

Tanda-tanda awal kanser boleh dikenalpasti  jika terjadinya tanda-tanda berikut :

1) Kanser pangkal rahim

- sebarang lelehan atau pendarahan yang luar biasa.

- sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

 

(2) Kanser payudara

- bengkak atau gumpalan di buah dada.

- keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

 

(3) Kanser usus besar

- perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan.

- sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

 

(4) Kanser paru-paru

- batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

 

(5) Kanser perut

- hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yang tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

 

(6) Kanser limpa

- sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

 

(7) Kanser ovari

- haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

 

(8) Kanser otak

- sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

 

(9) Kanser prostat

- sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

 

(10) Kanser darah (leukimia)

- letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

 

(11) Kanser tekak

- suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

 

 

Kawan-kawan, Mencegah lebih baik dari mengubati..!!’

Mulai sekarang amalkan gaya hidup sihat.. :)

Semoga info ini memberi anda sedikit pengetahuan tentang kanser.. .

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

1 Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>