Penyakit Autism

Hye kengkawan…

Korang tahu ke apa itu penyakit Autism?

Okey mane yang tidak mengetahuinya penyakit autism ini adalah penyakit yang akan mengakibatkan mereka kehilangan keupayaan untuk memahami keadaan sekeliling, kecuali diri mereka sendiri sahaja. kanak-kanak autisme adalah seperti masalah terencat akal pada tahap berbeza adalah disebabkan proses pembelajaran mereka lebih lambat, mempunyai  masalah untuk berinteraksi, berkomunikasi dan tingkah laku.

kanak-kanak yang mengalami sindrom ini akan menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain, tiada usaha menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan.

 

Okey kengkawan, jom kita mengetahui lebih lanjut lagi tentang ciri-ciri kanak-kanak autism nie..

1) Tidak mampu Bersosial
a) Tidak menghiraukan orang lain
b) Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain,
c) Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap.
d) Tidak suka dipegangan, dipeluk atau dicium
e) Susah berkerjasama, berkongsi dan menunggu giliran
f) Lebih suka bermain sendiri
g) Tidak suka bermain yang menggunakan imaginasi

2) Tidak Bertutur dan Berkomunikasi
a) Lambat bercakap
b) Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang
c) Tidak boleh berkomunikasi dengan baik
d) Bercakap dalam nada yang pelik – seperti menyanyi atau bercakap macam robot
e) Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual, hanya kepada satu pihak sahaja.
f) Mungkin mengulang perkataan yang sama tetapi tidak memahami maksudnya

3) Mempunyai Masalah Dalam Pemikiran dan perlakuan
a) Suka melakukan perkara yang sama/berulang dan tidak suka kepada pembaharuan. Mereka mudah terganggu apabila disuruh melakukan perubahan
b) Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik, roda kereta dan objek berputar.
c) Sangat sensitif terhada bau, rasa dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan diluar kawalan.
d) Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang
e) Tidak boleh duduk diam
f) Menunjukkan keinginannya dengan atngan orang dewasa

4) Masalah Tingkah Laku
a) Suka mengasingkan diri. Biasanya kekecewaan ditunjukkan dengan tindakbalas negatif seperti mengamuk, marah-marah dan agresif.
b) Bersikap positif – tidak faham keadaan semasa dan keadaan baik dan buruk
c) Tidak tahu bersosial – jika melakukan kesalahan ianya sangat mudah dikesan
d) Aktif tetapi perangai pelik – kanak-kanak jenis ini suka mendapatkan perhatian orang lain dan biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-kanak lain.

 

 

Tetapi kawan-kawan terfikir tak bagaimanakah mereka untuk menyesuikan diri ketika berada di sekolah ya?

Ermm jom ikuti beberapa langkah dalam mendidik kanak-kanak autism sebegini.

 

Melalui pendekatan atau strategi pengajaran yang sesuai, kanak-kanak autism juga akan memperoleh manfaat seperti  kanak-kanak normal yang lain.  Antaranya:

  • Meningkatkan interaksi sosial
  • Lebih banyak tingkah laku normal yang dapat diperhati dan dicontohi
  • Meningkatkan perkembangan bahasa
  • Menjadi lebih berdik

Untuk pengetahuan kengkawan semua juga,  kanak-kanak autisme bukanlah kanak-kanak golongan berisiko atau bodoh, cuma kebanyakkan masyarakat sekarang tidak tahu cara atau bagaimana untuk mendekati mereka. Oleh kerana mereka ada masalah perlakuan, pemikiran dan tidak pandai bersosial, perkembangan kanak-kanak autisme biasanya adalah lebih perlahan daripada kanak-kanak normal.

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

4 Responses

  1. NURSILINDA BINTI GIMBA says:

    hi..benarkah kanak-kanak autism ne lebih suka kepada perempuan?..kebanyakan orang sekeliling mengatakan org outism ni “gatal”..?…

    • admin says:

      Hi Puan Nursilinda. Terima kasih kerana sudi bertanya. Saya cadangkan puan untuk mengunjungi link dibawah bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai masalah autism. Mereka sangat berpengalaman di dalam merawat pelbagai jenis penyakit, termasuklah autism. :)

      http://thetole.org/

  2. normahradzali says:

    Ingin mengetahui lebih lanjut lagi berkenaan penyakit Autisme ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>