Hiponatremia

oie_cmydx7oictb7

Hai semua, selamat berhujung minggu. Hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan “hiponatremia”. Apa itu hiponatremia? Hiponatremia adalah istilah perubatan yang digunakan bagi menggambarkan suatu keadaan di mana kadar natrium yang terdapat di dalam darah seseorang itu lebih rendah daripada kadar biasa (normal).

 

Apa Sebenarnya Fungsi Natrium?

Fungsi utama natrium adalah bagi membantu mengendalikan kadar air di dalam tubuh badan kita. Selain itu, natrium juga sangat diperlukan oleh tubuh badan kita di dalam mengawal tekanan darah, fungsi saraf serta prestasi otot kita. Oleh itu, amatlah penting sekali supaya tubuh badan kita memiliki kadar natrium yang normal supaya segala fungsi yang dijalankan natrium dapat berjalan dengan baik.

 

Gejala-Gejala Hiponatremia

  • Merasa kejang-kejang
  • Sering merasa gelisah
  • Mual dan muntah-muntah
  • Merasa sakit kepala
  • Mengalami kekejangan atau kelemahan otot
  • Cepat marah
  • Menjadi seorang yang pelupa

 

Kesan Kadar Natrium Yang Rendah

Apabila kadar natrium yang terdapat dalam tubuh badan kita berkurangan, air akan masuk ke dalam sel-sel kita bagi menyeimbangkan keadaan tersebut. Kesan daripada perpindahan air dari luar sel ke dalam sel, ia seterusnya mampu menyebabkan sel-sel mengalami pembengkakan.

 

Faktor Pendorong Hiponatremia

  • Tahap kesihatan seseorang itu : Keadaan kesihatan yang mampu mendorong hiponatremia adalah seperti gagal jantung, penyakit ginjal, sirosis hati serta gangguan pada kelenjar adrenal.
  • Terlalu banyak atau kurang minum : Mesti pelik baca faktor ini kan, yup. Terlalu banyak atau kurang minum mampu membuatkan seseorang itu menghidapi hiponatremia.
  • Kesan sampingan ubat-ubatan : Kesan sampingan ubat-ubatan tertentu seperti pil diuretik, antidepresen dan ubat tahan sakit.
  • Usia seseorang itu : Seseorang yang telah berumur memiliki risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi hiponatremia berbanding mereka yang lebih muda. Selain itu, bayi juga memiliki risiko yang tinggi untuk mengalaminya.
  • Diarrhea atau muntah yang kronik : Keadaan ini sekiranya berlanjutan mampu membuatkan kadar natrium serta elektrolit lain dari tubuh berkurangan.

 

 Tips-Tips Pencegahan Hiponatremia

  • Amalkan pengambilan air yang secukupnya dan tidak berlebihan
  • Elakkan daripada sebarang faktor pendorong yang dinyatakan seperti di atas
  • Ketika bersenam, minum minuman yang berkhasiat supaya dapat menggantikan elektrolit tubuh yang hilang
  • Elakkan daripada faktor yang membuatkan kadar sodium anda menjadi rendah

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=apa+itu+hiponatremia

http://www.alodokter.com/hiponatremia

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>