Rawatan Kencing Malam The Tole Acupuncture

oie_6UmsVy3Yyoll

Ha, ada tak yang ada masalah kencing malam masa kecik-kecik dulu? Malu kan nak ngaku? hehe Masalah kencing malam sering terjadi kepada kanak-kanak yang tidak dapat mengawal pundi kencing mereka ketika tidur. Perkara ini sebenarnya merupakan perkara biasa yang dialami oleh kanak-kanak yang berusia 4 tahun dan ke bawah.

Ini kerana mereka masih lagi di dalam proses belajar mengawal pundi kencing mereka. Walaupun ianya biasa dianggap sebagai perkara biasa, namun sekiranya masalah ini berlaku sebanyak 2 atau 3 kali seminggu dan berlarutan selama 3 bulan, The Tole berpendapat ini merupakan suatu masalah yang perlu segera diselesaikan.

 

Tips Atasi Masalah Kencing Malam

1. Hadkan Minuman

Hadkan minuman anak anda pada sebelah malam. Banyakkan minum air pada waktu siang. Ini bagi mengelakkan sebarang masalah dehidrasi (kekurangan air).

2. Beri Sokongan Moral

Cuba untuk bantu mereka dengan cara yang lebih positif. Contohnya seperti beri sokongan dan galakan pada anak anda di dalam membantu mereka mengatasi masalah yang dialami. Elakkan dari mendenda.

Ingin lebih banyak tips? Baca artikel tcm yang terdahulu berkenaan dengan tips yang dapat diamalkan dalam mengatasi masalah kencing malam di SINI!

 

Faktor Penyebab Masalah Kencing Malam

Berikut tcm senaraikan di bawah faktor yang menyebabkan seseorang itu mengalami masalah kencing malam mengikut The Tole Acupuncture (Salah sebuah pusat rawatan alternatif terkenal).

  • Perkembangan dan pertumbuhan badan yang terbantut
  • Kapasiti pundi kencing yang kecil
  • Terlalu sedikit hormon antidiuretik
  • Faktor psikologi
  • Tekanan
  • Jangkitan pundi kencing

 

Rawatan The Tole

The Tole Acupuncture mempunyai pakej rawatan selama 14 hari bagi merawat individu yang mempunyai masalah kencing malam. Disebabkan itu, ramai pesakit yang segera menghubungi The Tole dan mendapatkan khidmat rawatan mereka yang terkenal tersebut. Walaupun begitu, terdapat juga sesetengah kanak-kanak yang memerlukan rawatan susulan bagi mengatasi masalah itu sepenuhnya.

Untuk mereka yang berminat untuk mendapatkan rawatan, boleh kunjungi laman web rasmi mereka di thetole.org serta boleh juga untuk whatsapp di 012-7688284 atau terus hubungi mereka di talian 03-21418370  / 03-21451671 untuk pertanyaan lanjut.

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>