7 Sebab Sistem Imun Lemah

oie_17HK4gSiAIvt

Salam jumaat semua, hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua mengenai sistem pertahanan atau kekebalan tubuh badan yang dikenali sebagai sistem imun. Sistem imun berfungsi sebagai pelindung tubuh badan dengan melawan serangan penyakit serta pelbagai jenis jangkitan virus, kuman dan bakteria. Jadi, bagi mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah, tubuh badan mereka akan sangat mudah untuk dijangkiti sebarang penyakit dan akan mengambil masa yang lama untuk sembuh dari penyakit yang dialami.

Susah la macam ni kan? Kalau badan tak sihat, nak buat apa pun mesti rasa tak selesa. Oleh sebab itu, pada artikel kali ini, tcm nak kongsikan dengan anda semua mengenai sebab-sebab yang dapat membuatkan sistem imun kita menjadi lemah.

 

7 Sebab Sistem Imun Lemah

1. Kurang Melakukan Aktiviti Senaman

Mereka yang tidak aktif atau kurang bersukan lebih berpotensi tinggi memiliki sistem imun yang lemah. Menurut kajian yang dijalankan, aktiviti senaman dapat membantu fungsi neutrofil iaitu sejenis sel darah putih yang membunuh mikroorganisme yang tidak diingini dan dapat membahayakan kesihatan.

 

2. Kurang Tidur

Ini merupakan antara sebab utama yang menyebabkan fungsi sistem imun menjadi semakin lemah. Ia secara tidak langsung sebenarnya mengurangkan sel-sel pembunuh bagi melawan kuman. Penyelidik dari Universiti Chicago membuktikan bahawa individu yang hanya tidur 4 jam sahaja di dalam satu malam dalam 1 minggu dapat mengalami selsema dan turut menjejaskan pengeluaran antibodi yang berada di dalam darah individu tersebut.

Perkara ini dapat dibuktikan apabila keputusan dari mereka yang tidur 7 hingga 8 jam pada satu malam memberikan hasil yang lebih baik kepada tubuh badan.

 

3. Stress (Tekanan)

Ada ke yang tak pernah stress? Sakit kepala, sakit pada bahagian dada, gelisah dan merasa tegang pada bahagian bahu merupakan antara gejala-gejala stress yang biasa kita alami. Awas, walaupun kelihatan seperti masalah biasa sahaja, stress mampu memberikan kesan negatif pada kesihatan kita. Hal ini termasuklah kesannya terhadap sistem ketahanan tubuh badan kita yang dapat menjadi semakin lemah seiring dengan peningkatan stress.

 

4. Pengambilan Minuman Keras (Alkohol)

John Spangler berpendapat, mana-mana individu yang berlebihan di dalam pengambilan alkohol boleh mengurangkan tindak balas sistem imun terhadap patogen yang menyerang. Untuk pengetahuan semua, arak jugalah penyebab utama kepada metabolite, acetaldehyde dan berpotensi merosakkan fungsi ciliary dalam paru-paru hingga menyebabkan mereka lebih mudah terdedah kepada serangan virus dan bakteria.

 

5. Dehidrasi

Tisu dan organ yang terdapat di dalam tubuh badan kita sangat memerlukan air. Ini kerana air dapat membantu mebawa nutrien dan mineral ke bagaian sel. Walaupun keseluruhan tubuh badan kita terdiri dari 60 peratus air, kita mampu untuk hilang cairan tersebut melalui buang air kecil, buang air besar, berpeluh dan juga bernafas. Dehidrasi terjadi apabila cairan yang keluar dari tubuh badan kita melebihi dari cairan yang masuk.

 

6. Obesiti

Obesiti atau masalah berat badan berlebihan antara penyebab yang dapat melemahkan sistem imun anda. Ini kerana, ia dapat menjejaskan keupayaan sel darah putih dari terus membiak. Hal ini secara tak langsung menghalang sel darah putih menghasilkan antibodi dan mencegah dari keradangan.

 

7. Kurang Zat Nutrien

Sangat penting ye untuk kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Bukan hanya nasi dan lauk sahaja, hidangan makanan kita juga hendaklah termasuk  buah-buahan dan sayur-sayuran. Antara nutrien yang diperlukan tubuh badan kita di dalam meningkatkan sistem imun kita adalah seperti vitamin C, ginseng dan bunga echinacea.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=sebab+sistem+imun+lemah

http://thetole.org/rawatan-alternatif/gangguan-sistem-imun-dan-rawatan-akupunktur-serta-perubatan-herba/

http://jururawatpkd.wixsite.com/hulu/single-post/2016/09/25/5-perkara-yang-boleh-melemahkan-sistem-imun-anda

https://hellosehat.com/hidup-sehat/tips-sehat/penyebab-sistem-imun-lemah/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>