Tips Kesihatan : 6 Tips Penjagaan Rambut Wanita Bertudung

oie_J0STKHN1S6ZZ

Rambut merupakan mahkota bagi seorang wanita. Rambut yang cantik dan sihat merupakan idaman buat setiap wanita. Oleh itu, setiap wanita harus tahu bagaimana cara bagi menguruskan rambut mereka dengan betul. Untuk artikel kali ini, tcm nak kongsikan 6 tips penjagaan rambut dengan anda semua. Terutamanya buat wanita yang bertudung.

Bagi wanita bertudung, sekiranya rambut anda tidak dijaga dengan betul, aliran udara yang tidak sempurna ketika bertudung dapat membuatkan rambut anda lebih cepat rosak.

 

6 Tips Penjagaan Rambut Buat Wanita Bertudung

1. Pilih Kain Tudung Yang Sesuai

Pemilihan kain tudung sangat penting tau, pemilihan kain tudung yang sesuai dapat membantu rambut mendapat pengaliran udara yang baik. Pilih fabrik yang lembut dan elakkan daripada memilih fabrik yang diperbuat daripada material kapas kerana ia mudah memerangkap haba dan akan membuatkan kulit kepala anda cepat berpeluh.

 

2. Elakkan Daripada Memakai Tudung Ketika Rambut Basah

Cuci rambut anda beberapa jam sebelum anda bersiap untuk memakai tudung. Ini bagi memastikan rambut anda kering sepenuhnya ketika ingin memakai tudung. Sekiranya anda tetap ingin memakai tudung ketika rambut basah, rambut anda akan berbau hapak, rambut berbuah, berkelimumur dan rosak kerana kulit kepala yang lembap terperangkap di dalam tudung.

 

3. Tidak Perlu Cuci Rambut Setiap Hari

Rambut anda tidak perlu dicuci setiap hari. Cukup sekadar 2 atau 3 hari sekali. Sekiranya anda ingin mencuci rambut pada waktu pagi, pastikan 2 jam sebelum anda bersiap ye. Ini bagi memastikan rambut anda sempat kering secara semulajadi. Selain itu, elakkan juga dari membungkus rambut dengan tuala. Biarkan rambut anda bebas dan kering dengan semulajadi.

 

4. Pilih Syampu Yang Sesuai

Pada masa kini, terdapat pelbagai jenis jenama syampu yang ada di pasaran. Bukan hanya itu, di dalam satu jenama turut terdapat pelbagai jenis syampu yang berbeza-beza mengikut fungsinya yang tersendiri. Contohnya syampu untuk rambut gugur, kelemumur dan sebagainya. Jadi, pilihlah syampu yang sesuai dengan masalah kulit kepala atau rambut anda.

 

5. Keringkan Secara Semula Jadi

Pastikan rambut anda kering sebelum memakai tudung. Rambut memerlukan masa yang lama untuk betul-betul kering. Elakkan juga dari menggunakan pengering rambut kerana ia dapat menjadikan rambut anda kusam dan tidak bermaya. Oleh itu, anda disarankan untuk keringkan rambut anda secara semulajadi dengan biarkannya bebas dan tidak dibungkus dengan tuala.

 

6. Bebaskan Rambut

Ketika dirumah, anda disarankan untuk bebaskan rambut anda. Selain itu, anda juga disarankan untuk tidak mengikat rambut anda. Rambut yang dibiarkan bebas mengurai akan mendapat pengaliran udara yang lancar. Apabila aliran udara pada rambut anda lancar, kulit kepala anda juga tidak akan berpeluh.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=tips+penjagaan+rambut

http://www.jelita.com.my/kecantikan/tipas-penjagaan-rambut-bagi-wanita-bertudung/

http://kaki.sini.com.my/bm/tips-penjagaan-rambut-bagi-wanita-bertudung/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>