Tips Kesihatan : Kenali Akupuntur

oie_TLNHXlby3Iam

Akupuntur merupakan salah satu rawatan alternatif yang sangat terkenal dan digunapakai di dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Akan tetapi tcm percaya, terdapat di antara kita yang masih lagi belum mengetahui akan rawatan istimewa ini. Jadi, tcm nak kongsikan dengan anda semua serba sedikit mengenai rawatan akupuntur. Akupuntur ditemui di China sekitar 5000 tahun yang lalu.

Berikutan itu, akupuntur boleh dikategorikan antara salah satu teknik perubatan yang tertua di dunia yang digunakan bagi merawat pelbagai jenis penyakit.

 

Kaedah Akupuntur

Secara umumnya, kaedah rawatan akupuntur dimulakan dengan memasukkan jarum halus ke titik akupuntur secara teratur. Menurut ilmu perubatan Tradisional Cina, terdapat kira-kira 2000 titik akupuntur yang terdapat pada tubuh badan manusia. Sama seperti sejarah akupuntur, The Tole Acupuncture juga merupakan salah satu pusat rawatan akupuntur yang tertua dan terkenal di Malaysia.

 

Pusat Akupuntur The Tole

Pada permulaannya The Tole menumpukan rawatan akupuntur di bahagian telinga, tangan, tapak kaki dan kulit kepala. Akan tetapi sekarang, The Tole juga sudah mula menjalankan rawatan yang menfokuskan pada bahagian otak pula. Sehubungan dengan itu, The Tole dapat melakukan rawatan kepada pelbagai jenis penyakit yang dialami pesakit.

 

Ubat-Ubatan Herba

Selain rawatan akupuntur mereka, The Tole turut menyediakan ubat-ubatan herba dengan formula yang tersendiri bagi membantu pesakit untuk melawan penyakit mereka. Formula ubat herba mereka dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan formula yang terbaik untuk digunakan bagi merawat penyakit yang dialami pesakit.

 

Nak cara paling mudah untuk contact The Tole Acupuncture? Wasap je 012-7688284.  Atau hubungi 03-21418370  / 03-21451671 .  Hubungi mereka segera bagi mendapatkan khidmat nasihat berkenaan kesihatan anda secara percuma.

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>