Tanda Amaran Awal Kanser Paru-Paru

Hye ;)

Pe habaq kengkawan…moga-moga semuanya sihat la yek..

Kengkawan tahu tak apakah itu kanser paru-paru?

Okeyla ya.. kanser paru-paru nie adalah salah satu kanser yang sangat digeruni kerana kebiasaanya kanser ini hanya dapat dikesan apabila menjangkau tahap terakhir iaitu tahap 4 dan apabila ianya sudah merebak ke organ lain..

Mengenai kanser..anda boleh baca di SINI dan juga di SINI

Oleh yang demikian apabila anda sudah berada pada tahap 4 kemungkinan untuk sembugh agak tipis.. justeru kengkawan, tanda-tanda amaran awal kanser paru-paru perlu diketahui supaya ianya dapat dikesan lebih awal.

Kepada mereka yang tinggi risikonya menghidap kanser paru-paru ini ialah mereka yang terdiri daripada seorang perokok tegar, ahli keluarga perokok, ahli keluarga yang pernah menghidapi kanser ini, terdedah kepada radiasi, selalu stress dan sebagainya. Kebiasaanya orang lelaki lebih terdedah kepada kanser ini berbanding perempuan, kerana kebanyakkan perokok tegar adalah lelaki.

Gambar X-ray dada pengidap kanser paru-paru (sebelah kanan)

Kengkawan..!!

Diantara tanda-tanda amaran awal kanser paru-paru yang dikenalpasti ialah :

  • Kemurungan (depresi) atau perubahan mood lain

Ini termasuk juga kebimbangan dan simptom psikiatrik yang lain. Perubahan perangai atau mood ini boleh dirasakan sendiri atau dapat dilihat oleh orang di sekelilingnya.

  • Selalu sakit yang berulang-ulang

Sakit yang berulang-ulang beserta dengan selesema, flu, batuk-batuk atau pnemonia (radang paru-paru) terutamanya di kalangan perokok. Ini disebabkan kanser ini terdapat di tisu paru-paru dan tiub bronkia yang menghasilkan simptom menyerupai flu atau batuk-batuk yang tidak baik-baik.

  • Hilang selera makan dan turun berat badan secara mendadak tanpa sebab

Apabila kanser paru-paru ini sudah merebak ke hati, pengidapnya akan hilang selera makan.

  • Buah dada lelaki membesar secara abnormal (gynecomastia)

terutamanya di kawasan bawah puting susu, bukannya di sekeliling tisu buah dada orang lelaki. Ini disebabkan oleh tumor kanser paru-paru ini merembeskan hormon, protein dan bahan lain ke dalam salur darah dan menyebabkan hormon badan tidak stabil yang membawa kepada pertumbuhan buah dada lelaki.

  • Keletihan luar biasa

Badan terasa letih kerana bahan yang dirembeskan ke dalam salur darah oleh tumor kanser paru-paru ini mempengaruhi paras oksigen, kesihatan sel darah merah, mengganggu fungsi kelenjar adrenal dan aspek lain dalam pengeluaran tenaga.

  • Hujung jari sakit dan menebal atau bengkak

Ini merupakan tanda biasa bagi kanser paru-paru. Kadang-kadang simptom ini disangkakan sebagai simptom masalah nutrisi (pemakanan) atau alergi.

  • Nafas pendek dan dada berbunyi

Tanda ini seperti orang astma. Keadaan ini terjadi kerana pertumbuhan tumor kanser paru-paru ini mengganggu kelancaran fungsi paru-paru menarik nafas masuk dan menghembuskan nafas keluar.

  • Batuk berpanjangan atau suara ke dalam disertai dengan air liur yang banyak keluar

Batuk berpanjangan ini adalah seperti batuk perokok sehingga berbulan-bulan, malahan ada yang sampai bertahun lamanya. Batuk ini kering seperti tanda alergi atau batuk yang basah yang berkait dengan flu atau selesema. Kahak yang keluar terdapat kesan-kesan darah. Ini mungkin disebabkan salur bronkus tersumbat oleh tumor atau mukus, apabila batuk maka sebahagian darah daripada tumor ini akan masuk ke dalam kahak.

  • Otot lemah dan terasa tidak larat melakukan aktiviti fizikal harian yang biasa dilakukan

Ini disebabkan tumor di paru-paru menghasilkan antibodi yang menyerang otot dan merembesakan bahan kimia yang boleh mengganggu aktiviti biasa sel darah merah yang boleh juga menyebabkan anemia.

  • Sakit dada, belakang, bahu dan/atau perut

Selalunya tanda sakit dada dan belakang ini disalahertikan atau disangka sakit otot biasa atau sakit jantung. Sakit dada dan belakang ini adalah disebabkan oleh pertumbuhan tumor yang menekan saraf di bahagian-bahagian tersebut.

Contoh tumor kanser paru-paru

Jika anda mengalami salah satu atau lebh tanda-tanda yang dinyatakan segera membuat pemeriksaan pakar. Banyak kes sebelum inI dimana diagnosis mengenalpasti kanser ini lewat dilakukan pesakit tidak menyedari bahawa ianay kanser dengan hanya makan ubat batuk biasa sahaja. Apabila sudah teruk barulah berjumpa dengan pakar kanser,masa iniagak sudah terlewat. Oleh itu rawatan awal penyakit kanser sangat penting.

untuk mengetahui lebih lanjut klik link tersebut —-> KANSER PARU-PARU

Semoga info yang dikongsikan disini bermanfaat untuk semua..!! ;)

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

21 Responses

  1. Norsalina Bakar says:

    Salam,

    Saya nak bertanya bapak mertua saya berusia 71 tahun dan dapat di kesan mempunya kanser paru-paru tahap 4.Adakah harapan untuk sembuh dengan usianya sekarang?Apa yang nampak sekarang ni dia mengalami sakit sendi dan menyebabkan badannya menjadi lembik sebelah dan kaki membengkak.

  2. svcvxcjx says:

    salam
    saya telah mengalami batuk bebulan-bulan..dan dada saya berbunyi,,,adakh itu merupakan tanda2x..

  3. ahmad says:

    Assalamulaikum….saya nak tanya..saya sakit dada berterusan seperti berdenyut..tangan selalu kebas. Bahu selalu sakit dan hujung jari terasa panas. Tapu tidak batuk yang serius..cuma batuk kcil. Perut jadi berangin seperti gastrik. Adakah ini tan.da kanser. Saya pernah dimasukkan ke emergen. cy tetapi dirawat sbg pesakit gastrik sahaja tanpa pemeriksaan darah atau x ray. Saya hanya di buat ecg dan jantung tiada masalah. Pada masa tu saya sesak nafas. Sekarang saya sering semput dan nafas pendek.

    • admin says:

      Wsalam Tuan Ahmad,

      terima kasih sudi bertanya. Dari maklumat yang tuan nyatakan tersebut, ada beberapa gejala adalah petanda awal untuk sakit kanser paru paru. tapi masih terlalu awal untuk disahkan. Sebaik baik nya tuan pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan penuh terhadap sakit ini. atau tuan boleh berkunjung ke pusat kami untuk mendapat lebih jelas tentang perkara ini. Tuan boleh terus merujuk kepada pakar kami.

  4. ahmad says:

    Sakit dada ni dah hampir sebulan saya tanggung

  5. Norfaraliza says:

    Assalamualaikum..sy ingin bertanya.saya mengalami batuk dan selsema hampir 3bln dan kadang-kadang dengan demam.baru-baru ini sy merasakan nafas pendek,dada seperti dicucuk-cucuk setiap kali menyedut nafas.dh pergi ke hoapital tp cuma dibuat ecg dn masukkan ubat tanpa x ray.pulang dari hospital sakit masih sama.sy ambil alternatif sendiri melakukan x ray di klinik swasta dan hasilnya doktor mendapati ada jangkitan kuman di bahagian bwh paru-paru sebelah kiri.skrg sy sedang makan antibiotik zinnat tablets 250mg utk 5hari.sekiranya habis antibiotik dimakan,tp sakit masih tak sembuh,,adakan itu tanda kanser paru-paru?

    • admin says:

      Wsalam Pn. Norfaraliza

      Dalam kes Pn. Jangkitan kuman pada paru paru dikenali sebagai pneumonia. ini belum boleh dikatakan untuk mukadimah kepada kanser. AKAN TETAPI, jika Pn sangat kerap diserang pneumonia, ia adalah salah satu simptom kepada kanser paru paru. Saya sarankan Pn buat lagi pemeriksaan selepas ubat antibiotik itu habis.

      Buat masa ini tiada cara kos efektif yang boleh mengesan kanser paru-paru pada peringkat awal dan pesakit biasanya datang pada peringkat yang lewat. Oleh yang demikian, pencegahan yang paling berkesan adalah tidak terdadah pada asap rokok sama ada merokok secara aktif atau pasif. Pada mereka yang merokok, dinasihatkan berhenti merokok. Pendedahan pada anasir-anasir yang boleh menyebabkan kanser juga disarankan.

  6. Afisyahaziz says:

    Salam, saya nak tanya sejak kebelakangan ni saya sering batuk sesak nafas kepala sakit disebelah kiri terasa seperti dicucuk penglihatan kejap kabur kejap tak dan sakit perut sehingga kebelakang. Saya pernah kena tahan wad disebabkan gastrik dan jangkitan kuman di rahim. Jadi saya ingin tanya, saya ada tanda tanda kanser atau tak?

    • admin says:

      Waalaikumussalam cik. Terima kasih kerana sudi bertanya. Saya cadangkan cik untuk mengunjungi link dibawah bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai masalah cik. Mereka sangat berpengalaman di dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Saya doakan semoga cik cepat sembuh yea. :)

      http://thetole.org/

  7. wanie says:

    salam nak tanya. kawan saya ni dia selalu sakit dada dan sukar bernafas ketika bercakap.. sekarang dia dah mula rasa sakit pinggang.. adakah ini tanda kanser paru paru?

    • admin says:

      Terima kasih kerana sudi bertanya. Saya cadangkan tuan/puan untuk mengunjungi link dibawah bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai masalah tuan/puan. Mereka sangat berpengalaman di dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Saya doakan semoga tuan/puan cepat sembuh yea. :)

      http://thetole.org/

  8. Aidil says:

    Saya pening kepala , sedar nafas,batuk Dan sakit kepala 3 hari Selepas itu sihat seperti biasa Cuma sakit kepala sedikit je tetapi kenapa kahak sayA berdarah sedikit

    • admin says:

      Terima kasih kerana sudi bertanya. Saya cadangkan tuan/puan untuk mengunjungi link dibawah bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai masalah tuan/puan. Mereka sangat berpengalaman di dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Saya doakan semoga tuan/puan cepat sembuh yea. :)

      http://thetole.org/

  9. bryan says:

    Sya ingin bertanya kepala saya sering sakit dan terasa seperti ada sesuatu yg berada di bahagian dada serta nafas pendek dan mulut bnyk air liur…adakah ini kanser paru2…

  10. Sheila says:

    Ank saya 16 thn. Semasa usianya 13 disahkan kanser lymphoma thp 4. Sejak 5 bln lepas dia di sahkah Pula kanser paru. Kini kansernya telah spread. Badannya Sgt lemah Dan tidak boleh produce darahnya sendiri. Terpaksa warded dan masuk darah. Apakah ikhtiar yang perlu saya ambil. Terima kasih..

    • admin says:

      Assalam Pn. Sheila. Terima kasih kerana sudi bertanya. Saya cadangkan puan untuk mengunjungi link dibawah untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan kanser paru-paru. Untuk mendapatkan khidmat nasihat ataupun khidmat rawatan buat anak puan, puan bolehlah menghubungi mereka melalui no yang terdapat pada website tersebut. Kita boleh berikhtiar dan bertawakal kepadaNya. InsyaAllah, saya doakan semoga anak puan cepat sembuh. :)

      http://www.thetole.org/MalayHerbalMedicine/LungCancerTreatmentCure.html

  11. aman says:

    slam puan saya nk bertanya saya mula2 mengalami sesak nafas tanpa henti selama 5hari pada hari keenam dada mula rasa sakit menyucuk tetapi sesak nafas sudah berkurang dan hujung2 jari rasa sengal dan bengkak sedikit kemudian sy pergi xray dan doktor ckp paru2 sy ok xda masalah..apakah msalah yg sya alami skrg

    • admin says:

      Wsalam Tuan/Puan Aman,

      Terima kasih kerana sudi bertanya. Saya cadangkan tuan/puan untuk mengunjungi link dibawah bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai masalah tuan/puan. Mereka sangat berpengalaman di dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Saya doakan semoga tuan/puan cepat sembuh yea. :)

      http://thetole.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>