Tips Kesihatan : Pendakap Gigi (Braces)

oie_cPGUAZPtVk17

Selamat pagi buat semuanya, hari ini kita akan berkongsi pengetahuan berkenaan dengan penggunaan pendakap gigi, atau juga lebih dikenali dengan panggilan braces. Apa itu braces? Saya pasti ramai yang telah pun mengenali apa itu braces. Akan tetapi, tak salah sekiranya kita berkongsi bagi menambahkan ilmu yang telah pun ada kan? Selain itu, ia juga dapat menambahkan lagi pemahaman kita.

Braces merupakan sejenis rawatan yang dapat dilakukan bagi membetulkan keadaan gigi agar dapat menjadi lebih menarik dan juga cantik. Terdapat pelbagai jenis braces yang ada dipasaran untuk kita pilih. Jadi saranan tcm, pastikan dulu anda membuat kajian sebelum melakukan pemasangan braces. Ini bertujuan bagi memudahkan anda untuk membuat pilihan ketika anda berjumpa dengan doktor.

 

Antara Jenis-Jenis Braces

1. Metal Braces

Jenis ini merupakan jenis yang kerap dipilih, ini kerana harganya adalah lebih murah berbanding yang lain. Metal braces ini adalah jenis yang ada bermacam-macam warna pada gigi seseorang itu. Anda boleh lah memilih warna mengikut keinginan anda dan seterusnya hanya maklumkan pada doktor anda.

2. Clear Braces

Kalau yang tadi terdiri daripada pelbagai macam warna untuk kita pilih, clear braces pula adalah jenis yang tidak berwarna (transparent). Akan tetapi, disebabkan ianya tidak berwarna, ia mudah kotor. Walau begitu, kita dapat meminta pada doktor untuk menukarkannya. Dari segi harga pula, ianya lebih mahal berbanding metal braces.

3. Gold Braces

Seiring dengan namanya, braces ini dibuat dengan menggunakan emas serta sememangnya mahal. Ianya sering menjadi pilihan mereka yang mempunyai alahan terhadap stainless steel.

4. Speed Braces

Braces ini tidak menggunakan sebarang getah berwarna seperti metal braces. Selain harganya yang agak mahal, speed braces sememangnya menunjukkan kesan yang cepat pada perubahan gigi seseorang itu.

5. Lingual Braces

Braces jenis ini adalah braces yang dipasang pada bahagian dalam gigi seseorang itu. Bagi mereka yang segan untuk dilihat memakai braces, bolehlah memilih braces jenis ini. Akan tetapi, disebabkan ia berada pada bahagian dalam, lidah seseorang itu dapat terluka ketika terlanggar dengan besi-besi braces tersebut.

 

Tempoh Pemakaian

dentist-cartoon-clip-art-763944

Untuk mereka yang bertanya..Agak-agak berapa lama yea? Ini jawapannya, tempoh pemakaian braces ini adalah sekurang-kurangnya selama tiga tahun. Akan tetapi, bagi mereka yang sering menunda temujanji dengan doktor, bracket yang dipakai sering tercabut, tempoh pemakaiannya akan menjadi lebih lama. Tempoh pemakaian bracket adalah sekurang-kurangnya dua tahun dan wire pula setahun.

Sakit ke? Pemakaian braces tidaklah terlalu menyakitkan. Pada permulaannya anda mungkin akan merasa sakit sedikit dan tidak selesa kerana terdapat sesuatu di dalam mulut. Doktor juga akan memberikan pil tahan sakit supaya anda merasa selesa. Bagi mereka yang takut, janganlah risau yea, ianya tidaklah terlalu menyakitkan dan ianya juga hanyalah buat sementara sahaja.

 

Tips Buat Yang Memakai Braces

oie_1iEOuVNy7hpg

Namun, walau yang mana pun pilihan anda, si pemakai braces hendaklah sentiasa berhati-hati ketika makan. Ini kerana, cara makan yang salah dapat membuat braces terkeluar dari posisi asalnya. Sekiranya ini berlaku, individu tersebut hendaklah berjumpa dengan doktor semula bagi membetulkan keadaan braces mereka seperti sedia kala

Bagi mereka yang memakai braces, adalah dicadangkan supaya menggunakan berus gigi yang halus ketika memberus gigi. Caranya adalah dengan menggosok secara perlahan-lahan dan menggosok dalam bentuk bulat pada setiap bahagian, di dalam dan juga luar. Berus gigi yang halus boleh didapatkan di farmasi, tetapi anda juga boleh menggunakan berus gigi biasa.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

oie_Un5hhN8USaCv

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>