Pembengkakan Jantung (Kardiomegali)

oie_9h6cs91txhlc

Salam selasa semua, hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua mengenai suatu keadaan pembengkakan jantung yang dikenali sebagai kardiomegali. Keadaan ini kebiasaannya terjadi pada bahagian ruang atas jantung (atrium) atau ruang bawah jantung (ventrikel). Kardiomegali biasanya merupakan gejala daripada penyakit lain yang dialami oleh seseorang itu.

Dua Jenis Kardiomegali :

  • Kardiomegali dilatasi
  • Kardiomegali hipertrofi

 

Gejala-Gejala Kardiomegali

Antara gejala-gejala umum yang boleh dialami oleh pesakit kardiomegali adalah seperti :

  • Mengalami pembengkakan (edema)
  • Degupan jantung yang tidak normak (aritmia)
  • Mengalami kesesakan nafas
  • Pengsan
  • Merasa sakit pada bahagian dada

 

Penyebab Kardiomegali

Pembengkakan jantung yang dialami oleh seseorang itu dapat disebabkan oleh keadaan-keadaan yang membuatkan jantung mereka bekerja lebih kuat dari biasa. Antara penyebabnya seperti masalah tekanan darah tinggi. Seseorang yang mengalami tekanan darah tinggi akan membuatkan jantung mereka terpaksa bekerja lebih kuat untuk menyalurkan darah keseluruh tubuh badan.

Kesan daripada perkara itu, ia seterusnya menyebabkan ventrikel kiri mengalami pembesaran serta otot jantung menjadi lemah. Selain itu, tekanan darah tinggi juga mampu membuatkan atrium mengalami pembesaran.

 

Faktor Pendorong Kardiomegali

  • Penyakit ginjal
  • Anemia
  • Jangkitan virus pada jantung
  • Penumpukan cairan di sekitar jantung
  • Zat besi yang berlebihan
  • Gangguan tiroid
  • Jangkitan HIV
  • Penyakit otot jantung (kardiomiopati)

 

Tips Buat Penderita Kardiomegali

Berikut dikongsikan tips-tips perubahan gaya hidup yang boleh diamalkan bagi penderita kardiomegali di dalam menanggani masalah mereka. Antaranya ialah :

  • Elakkan pengambilan alkohol serta kurangkan kafein
  • Menjaga tekanan darah
  • Kawal pengambilan garam di dalam makanan
  • Berhenti daripada merokok
  • Dapatkan tidur yang mencukupi sekurang-kurangnya 8 jam sehari
  • Kurangkan berat badan yang berlebihan

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=kardiomegali

http://www.elifmedika.net/2015/11/kardiomegali-atau-pembengkakan-jantung-dan-penanganannya.html

http://www.alodokter.com/kardiomegali

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>