Penyakit Ekzema

Hye semua :)

Okey kali nie saya nak menulis entry berkenaan dengan penyakit eczema.. anda tahu ker penyakit nie kengkawan? Okeylaa eczema atau dikenali sebagai dermatitis atopic nie adalah satu penyakit yang disebabkan oleh sentuhan atau alergi. Ia terjadi kepada orang yang mewarisi kulit yang terlalu peka terhadap keadaan seperti sejuk, panas dan lembap. Tekanan emosi, mandi yang berlebihan dan penggunaan sabun yang tidak bersesuaian juga boleh menyebabkan ezema. Eczema ini akan menyebabkan kegatalan kepada kulit dan apabila ianya digaru, kulit akan menjadi tebal, bersisik, dan kasar. Kadang-kadang ianya akan menjadi berkerak.

Penyebab sebenar eczema tidak diketahui tetapi ianya dikaitkan dengan factor genetic dan persekitaran selain dikaitkan dengan tindakan terlampau system imuniti badan dengan sebarang benda atau keadaan yang menyebabkan eczema atau kulit gatal terjadi. Contohnya seperti bersentuhan dengan kain yang kasar menyebabkan kulit gatal, persekitaran yang terlalu panas atau sejuk, terdedah kepada beberapa produk penggunaan harian dirumah, contohnya sesetengah sabun basuh yang mengandungi bahan kimia yang kuat dan sebagainya.

Okeyla kengkawan disini saya nak kongsikan beberapa panduan pengurusan bagi penyakit eczema nie :

  • Elakkan mandi terlalu lama.
  • Jangan mandi air panas atau agak suam.
  • Gunakan sabun yang lembut, mempunyai kelembapan tinggi tanpa bahan kimia yang mengeringkan kulit.
  • Elakkan tersentuh sabun, minyak wangi, serbuk pencuci, barang perhiasan dan persekitaran yang boleh menyebabkan ekzema.
  • memakai baju longgar dan diperbuat dari kapas.
  • Elakkan makanan yang menjadi alahan kepada bayi seperti susu lembu, telur dan kekacang.
  • mempertahankan suhu sejuk di kawasan bilik tidur kerana panas boleh menyebabkan berpeluh yang memburukkan keadaan gatal dan rengsa.
  • pastikan persekitaran rumah bersih dan bebas daripada habuk dan kotoran.
  • pastikan kuku anak sentiasa pendek agar die tidak menggaru dan seterusnye memudaratkan lagi ekzema.

Walaupun masalah eczema ini tidak boleh dipulihkan sepenuhnya, tetapi ia boleh dikawal dengan  rawatan herba tradisional cina, elakkan daripada kulit menjadi terlalu kering dengan memakai krim pelembab  kulit serta jauhkan daripada bahan-bahan yang boleh menyebabkan kulit gatal. Jangan risau, eczema tidak berjangkit kepada orang lain, tidak seperti penyakit kulit lain yang disebabkan oleh bakteria atau fungus.

Rawatan bagi penyakit eczema ini boleh dirawati dengan menggunakan herba istimewa yang hanya boleh didapati di :

Sila klik —>  THE TOLE Neuro Acupuncture-HERBAL MEDICAL CENTRE SDN BHD..

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>