Tips Kesihatan : Penjagaan Gigi

oie_USxcOGWCIXKO

Gigi adalah salah satu anggota badan kita yang penting untuk diambil perhatian serta dijaga kesihatannya. Ini kerana, ianya adalah salah satu anggota badan kita yang sering digunakan. Kita memerlukan gigi setiap kali kita makan. Bayangkan sekiranya gigi kita bermasalah ataupun rosak. Pasti kita akan mengalami kesukaran untuk melakukan perkara-perkara asas seperti “makan”. Dengan penjagaan gigi yang betul, kita juga dapat menjaga kesihatan gusi kita. Dengan mengabaikan penjagaan gigi kita, kita juga secara tidak sedar telah meningkatkan peratusan kita untuk terpaksa menggunakan gigi palsu. Jadi, saya pasti anda bersetuju sekiranya saya mengatakan kesihatan gigi bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan.

 

Tips2 Penjagaan Gigi :

  1. Jangan berkongsi berus gigi
  2. Berus gigi dengan cara yang betul seperti yang disyorkan oleh doktor
  3. Berus gigi sehingga bersih setiap kali lepas makan atau sebelum tidur
  4. Berkumur dengan kadar segera sekiranya tidak sempat untuk menggosok gigi selepas makan dan minum
  5. Sentiasa menggunakan pembasuh mulut yang bebas alkohol sebelum tidur untuk membunuh semua bakteria yang terdapat di dalam mulut
  6. Mengamalkan untuk memakan makanan yang mengandungi banyak fiber kerana dapat menguatkan gigi
  7. Gunakan flos bagi membersihkan gigi daripada cebisan-cebisan makanan yang tertinggal di celah-celah gigi
  8. Berdisiplin di dalam memberus gigi, sekurang-kurangnya 3 kali sehari
  9. Gula-gula getah yang kurang manis juga boleh digunakan bagi membuang sisa-sisa makanan dengan mengunyahnya setelah habis makan

 

Langkah2 Penjagaan Berus Gigi :

  1. Simpan berus gigi secara menegak serta biarkan ia kering
  2. Elakkan menyimpan berus gigi di dalam bekas yang tertutup
  3. Bersihkan kotoran pada berus gigi dengan air paip setelah menggunakannya
  4. Sekiranya anda menyimpan beberapa berus gigi di dalam bekas yang sama, anda hendaklah memastikan berus gigi tersebut tidak bersentuhan sesama sendiri
  5. Tukar kepada berus gigi yang baru sekiranya bulu berus tersebut mulai kembang

 

Selain daripada tips-tips kesihatan di atas. Kita juga boleh menjaga kesihatan gigi melalui faktor pemakanan kita. Kita boleh mengamalkan cara pemakanan yang seimbang serta melebihkan pengambilan buah-buahan dan juga sayur-sayuran. Selain itu, kita juga boleh mengelakkan pengambilan minuman yang berkarbonat. Akhir sekali, dengan gigi yang lebih sihat dan cantik, kita pasti akan dapat menambahkan keyakinan diri kita untuk berbual dengan orang lain. Serta, kita juga akan kelihatan lebih manis apabila tersenyum. :)

 

Bagi mereka di luar sana yang sedang dibelenggu masalah kesihatan. Saya sangat2 mencadangkan anda untuk berkunjung ke The Tole Acupuncture Herbal-Medical Center. Di sana, mereka merawat pelbagai jenis penyakit dengan menggunakan teknik rawatan alternatif yang amat terbukti keberkesanannya di seluruh dunia. Ianya adalah sebuah pusat perubatan yang diasaskan oleh Master Tole. Seorang yang berasal daripada keluarga yang mengamalkan ilmu perubatan dan merupakan generasi keempat yang telah mempraktikkan rawatan herba yang bertempat di Kuala Lumpur selama 140 tahun. Dikatakan beliau mempunyai kehebatan yang tidak dapat disangkal lagi di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit.

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

oie_3161540RHyJXZzB

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>