Tips Kesihatan : Kehamilan

oie_G6g5IYPLMRE4

Perkahwinan merupakan suatu perkara yang sangat indah, dan seperti setiap perkahwinan. Setelah berlangsungnya sesebuah perkahwinan itu, berita kehamilan boleh dikatakan merupakan suatu perkara yang pasti ditunggu-tunggu oleh pasangan yang telah berkahwin. Perkahwinan yang telah didirikan pasti akan diserikan lagi dengan kehadiran anak kecil di dalam keluarga tersebut. Walaupun begitu, kehamilan kali pertama boleh membuatkan seseorang itu gementar, berdebar-debar, gembira serta takut. Disebabkan itulah TCM ingin kongsikan beberapa tips-tips yang boleh diamalkan oleh ibu yang hamil. Kesihatan sangatlah penting untuk dijaga. Apatah lagi, bagi mereka yang berbadan dua serta akan bergelar ibu. :)

oie_Iuni0xq7SXPH

Tips2 Kehamilan :

  1. Kasut bertumit – Semua pasti tahu, penggunaan kasut bertumit semakin banyak digayakan pada masa kini. Namun, sekiranya anda seorang wanita hamil, anda hendaklah mengelakkan penggunaan kasut yang bertumit. Ini kerana, semakin bertambahnya usia kehamilan, semakin bertambahlah berat badan anda dan seterusnya mempengaruhi graviti tubuh serta seterusnya dapat membuatkan ibu hamil mudah terjatuh.
  2. Derma darah – Sekiranya anda seorang yang aktif di dalam membantu menderma darah sebelum ini, anda hendaklah mengelakkan daripada berbuat demikian sewaktu hamil. Ianya adalah sangat tidak digalakkan, ini kerana sewaktu hamil, anda akan lebih mudah mengalami anemia (kekurangan darah). Sedangkan anda memerlukan banyak darah sewaktu hamil.
  3. Gincu bibir – Penggunaan gincu merupakan suatu perkara asas kecantikan buat seorang wanita. Namun, sekiranya anda sedang hamil, dan anda gemar menggunakan gincu. Elakkan daripada menjilat bibir. Ini kerana, dikhuatiri bahan-bahan pengawet dan pewarna di dalam gincu jika tertelan dapat membahayakan janin.
  4. Krim pemutih – Merupakan suatu jenis produk kecantikan yang sangat digemari ramai. Akan tetapi, buat wanita hamil, berusahalah untuk elakkan daripada penggunaannya untuk sementara. Ini kerana, kandungan produk itu dapat menjejaskan kesihatan anda dan janin.
  5. Ubat nyamuk – Elakkan dari terdedah kepada sebarang penggunaan ubat nyamuk. Tidak kiralah jenis semburan, dibakar atau pun jenis sapuan. Ubat nyamuk mengandungi bahan kimia yang berbahaya, terutama kepada kandungan anda.
  6. Membawa barang – Elakkan membawa barang-barang yang berat sewaktu kehamilan anda. Ringankanlah mulut anda untuk meminta bantuan, pasti orang sekeliling anda akan menghulurkan bantuan dengan senyuman.
  7. Durian – Elakkan memakan durian pada awal musim kehamilan. Ini kerana, durian dapat meransang kontraksi yang akhirnya menyebabkan keguguran.
  8. Minum banyak air – Sekurang-kurangnya 8 – 12 gelas sehari. Serta elakkan kafein dan juga pewarna tiruan.
  9. Latihan – Ianya bagus untuk kesihatan serta boleh mengurangkan tekanan. Adalah sangat digalakkan anda untuk ambil kelas senaman kehamilan atau berjalan selama 15 minit setiap hari pada kadar sederhana di tempat yang nyaman dan teduh.
  10. Pakaian – Bagi mereka yang hamil, bolehla cuba untuk menyesuaikan diri dengan memakai pakaian yang besar dan juga selesa. Elakkanlah dari memakai kasut yang ketat. Serta, cuba untuk merehatkan kaki anda beberapa kali sehari untuk mengelakkan keletihan dan bengkak pada kaki dan juga buku lali.
  11. Tidur -Pastikan anda mendapat tidur yang cukup. Sekurang-kurangnya 8 jam setiap malam.

 

oie_mzJkElrOGMLA

Nutrisi Penting Sewaktu Hamil :

  1. Kalsium – Banyakkan pengambilan susu, ikan dalam tin, kacang soya untuk menguatkan tulang dan gigi bayi.
  2. Serat – Banyakkan juga pengambilan serat dalam pemakanan kerana ia berperanan menghalang penyerapan zat gizi lain seperti lemak, karbohidrat dan protein.
  3. Zat Besi – Disamping mengambil makanan yang mengandungi vitamin C seperti tiram, kacang soya, bijirin dan roti gandum. Pengambilan daging merah juga dapat melancarkan perjalanan darah bayi dan juga ibu mengandung.
  4. Protein – Memastikan tiga makanan utama mengandungi protein seperti kekacang, daging, telur, keju. Ianya dapat membantu membina tisu dan otot bayi.

 

Informasi Kesihatan Melalui Rawatan Alteratif

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

oie_3161540RHyJXZzB

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>