Info Ketumbit!

oie_WRr6Z6YPYY1P

Ketumbit! Ada ke yang tak pernah kena? Jom tcm nak kongsikan dengan anda semua info-info mengenai ketumbit nih. :) Ketumbit adalah sejenis pertumbuhan yang terjadi di kelopak mata. Tidak kiralah pada kelopak mata atas ataupun bawah. Ketumbit disebabkan oleh penyumbatan kelenjar minyak. Bagi mereka yang kerap mengalami ketumbit ianya adalah disebabkan terdapat kekotoran ataupun kelimumur di kelopak mata mereka.

Ketumbit dapat dikategorikan kepada dua jenis. Jenis yang pertama ialah ketumbit yang disebabkan jangkitan kuman pada pangkal bulu mata. Jenis yang kedua pula ialah keradangan yang terjadi yang disebabkan oleh berlakunya penyumbatan pada kelenjar yang menghasilkan minyak untuk membuatkan bulu mata kalis air atau kalazion.

 

Bahaya ke Ketumbit ni?

Mungkin ada yang tertanya-tanya, bahaya ke ketumbit ni? Terutamanya ketumbit yang bersaiz besar. Ketumbit tidaklah berbahaya pada penglihatan seseorang itu. Namun begitu, kehadiran ketumbit dapat mendatangkan rasa sakit dan tidak selesa pada bahagian mata. Ini kerana, ketumbit menyebabkan berlakunya pembengkakan pada kawasan sensitif seperti kelopak mata.

 

Gejala-Gejala Ketumbit

  • Mengalami pembengkakan pada kelopak mata
  • Mata berair
  • Mata menjadi lebih sensitif terhadap cahaya
  • Kelopak mata menjadi merah serta bengkak
  • Mata sering terasa gatal terutamanya jika ada habuk

 

Perlu ke Jumpa Doktor?

Bagi tcm, jawapan kepada soalan ini terpulang kepada individu masing-masing. Apa yang boleh tcm maklumkan ialah kebiasaannya ketumbit mengambil masa selama tiga hari sebelum ianya pecah dan kering. Akan tetapi, ada juga ketumbit yang mengambil masa selama seminggu. Namun walaupun begitu, sekiranya ketumbit masih lagi tidak sembuh setelah seminggu, adalah baik untuk anda mendapatkan pemeriksaan daripada doktor.

 

 Tips Hilangkan Ketumbit

Berikut di bawah merupakan beberapa tips yang dapat anda amalkan bagi menghilangkan ketumbit. Namun begitu, pastikan anda mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan yang bertauliah sebelum mengamalkan sebarang tips yang anda temui di internet. Antara tips-tipsnya ialah :

  • Gosok dengan menggunakan bawang putih
  • Tuam dengan air suam menggunakan tuala yang bersih
  • Tuam pada kawasan yang kena ketumbit dengan sudu yang dipanaskan oleh air panas
  • Gunakan air rebusan daun sirih untuk membersihkan mata ketumbit

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan :

http://pakarmata.com/New%20Template/Topik%20Mata/ketumbit%20mata.html

http://arwendanish.blogspot.my/2013/01/ketumbit-dan-petua-menghilangkan.html

http://www.vitaminuntuksemua.my/2015/01/cara-hilangkan-ketumbit-48-jam-tanpa-ke-klinik-atau-ambil-mc.html

http://babab.net/out/cara-mudah-hilangkan-ketumbit-atas-mata.html

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>