Apa tu Iskemia!

oie_HB8VTIQyR0o5

Hai semua, tahu tak apa itu iskemia? Iskemia sebenarnya adalah suatu keadaan di mana seseorang itu mengalami kekurangan bekalan darah kepada tisu atau organ tubuh badan mereka sehingga dapat menyebabkan perubahan fungsi pada sel-sel normal. Iskemia terjadi apabila berlakunya sebarang permasalahan pada pembuluh darah seseorang itu.

Kesan daripada iskemia, tisu dan organ tubuh badan yang terlibat akan mengalami kekurangan nutrien dan oksigen yang diperlukan untuk proses metabolisme sel. Sekiranya tidak segera diubati, penderita iskemia dapat mengalami kematian sel.

 

Gejala-Gejala Iskemia

Gejala-gejala yang ditunjukkan oleh pesakit iskemia adalah berbeza-beza mengikut kawasan yang terlibat. Jom kita tengok satu persatu. :)

Iskemia pada Otak

  • Pening
  • Penglihatan tidak jelas
  • Hilang keseimbangan tubuh badan
  • Kesukaran untuk bercakap

Iskemia pada Jantung

  • Sakit pada bahagian dada
  • Rasa sakit menjalar ke tangan, leher, dagu atau punggung
  • Berpotensi mengalami serangan jantung

Iskemia pada Usus

  • Mengalami sakit perut
  • Diarrhea
  • Mual
  • Dehidrasi

 

Antara permasalahan pembuluh darah yang dapat menyebabkan iskemia adalah seperti terjadinya masalah penyempitan atau penyumbatan pada pembuluh darah. Penyakit iskemia dapat terjadi pada sesiapa sahaja, baik lelaki ataupun perempuan. Sekiranya dulu, iskemia lebih banyak terjadi pada generasi tua, tapi kini, iskemia juga dapat ditemui pada generasi yang lebih muda.

 

Penyebab Iskemia

Secara umumnya, iskemia disebabkan oleh berlakunya gangguan pada pembuluh darah seseorang itu. Antara gangguan yang dapat terjadi pada pembuluh darah seseorang itu ialah :

  • Oklusi : Gumpalan (trombus) dapat terjadi di dalam pembuluh darah dan seterusnya mengikuti aliran darah sehinggalah menyebabkan terjadinya penyumbatan.
  • Aterosklerosis : Dinding pembuluh darah menjadi keras, tebal sehingga berkurangnya fleksibiliti serta membuatkan lumen pembuluh darah menjadi semakin sempit.
  • Aneurisma : Terjadinya pelebaran pembuluh darah yang tidak normal pada dinding pembuluh darah.
  • Trauma atau kecederaan : Faktor penekanan, pergeseran atau terkoyak yang disebabkan kecederaan dapat menyebabkan penutupan separuh atau sepenuhnya pada pembuluh darah.

 

Tips-Tips Pencegahan Iskemia

  • Melakukan senaman dengan teratur
  • Elakkan daripada minum minuman yang beralkohol
  • Elakkan tabiat merokok serta jauhkan diri daripada asap rokok
  • Amalkan pemakanan yang sihat

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://www.penyakitjantung.net/penyakit-jantung-iskemik/

http://ewhows.com/id/pages/1244462

http://www.alodokter.com/iskemia

https://id.wikipedia.org/wiki/Iskemia

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>