Penyakit Faringitis

oie_TON2LcIr2zcJ

Hai semua, terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca artikel perkongsian tcm. Tajuk artikel yang akan dikongsikan pada hari ini adalah mengenai penyakit faringitis. Faringitis adalah suatu keadaan di mana pesakit mengalami keradangan pada bahagian faring. Faring merupakan salah satu bahagian yang terdapat di dalam tekak yang menghubungkan rongga belakang hidung dengan bahagian belakang mulut.

Sakit pada bahagian tekak sememangnya sangat menyakitkan serta dapat mengganggu aktiviti seperti makan dan minum. Penyakit ini sering dipandang remeh kerana dapat sembuh dengan sendirinya. Walaupun begitu, menunggu sehingga keadaan pesakit sama ada sembuh dengan sendiri atau menjadi lebih teruk sebelum berjumpa dengan doktor, bukanlah satu langkah yang bijak.

 

Gejala-Gejala Faringitis

  • Sakit pada bahagian otot
  • Bahagian tekak membengkak
  • Badan terasa letih dan lemah
  • Demam
  • Pening
  • Mual
  • Sukar untuk menelan sesuatu
  • Hilang selera makan
  • Bersin
  • Demam selsema

 

Faktor Penyebab Faringitis

Kebanyakan kes pesakit faringitis disebabkan oleh virus. Selain itu, faringitis juga dapat disebabkan oleh bakteria seperti bakteria group A streptococcus. Faringitis yang disebabkan oleh virus atau bakteria ini dapat disebarkan kepada orang lain melalui udara yang dikeluarkan oleh pesakit atau melalui benda-benda yang telah dicemari oleh virus atau bakteria tersebut.

Antara virus yang dapat menyebabkan faringitis adalah seperti virus gondongan (mumps), virus epstein-bar (monocleosis), virus parainfluenza dan virus herpangina. Antara sebab-sebab lain adalah seperti penyakit tumor pada bahagian tekak, terdedah pada asap rokok untuk jangka masa yang lama dan penyakit perut yang membuatkan asid perut naik semula ke bahagian atas.

 

Jenis-Jenis Faringitis

  1. Faringitis Akut – Radang tekak yang masih baru dengan gejala seperti sakit tekak dan kadang disertai dengan demam dan batuk
  2. Faringitis Kronik – Radang tekak yang sudah terjadi untuk jangka masa yang lama dan biasanya tidak disertai dengan sakit ketika menelan sesuatu. Akan tetapi cuma terasa ada sesuatu yang anjal pada bahagian tekak

 

Tips Mengatasi Penyakit Faringitis

Walaupun dapat sembuh dengan mengambil ubat-ubatan, namun terdapat beberapa tips yang dapat dilakukan pesakit faringitis di dalam mengatasi penyakit ini. Antaranya seperti :-

  • Cegah keradangan tekak dengan tidak memakan makanan dan minum minuman yang terlalu panas
  • Mereka yang berusia remaja hingga dewasa dapat mengambil gula-gula pereda sakit tekak
  • Elakkan dari merokok atau terdedah pada asap rokok
  • Banyakkan minum air, lebih-lebih lagi sekiranya anda demam
  • Kumur air garam suam untuk mengurangkan radang yang dialami pada tekak
  • Banyakkan berehat

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://id.wikipedia.org/wiki/Faringitis

https://bidanku.com/penyakit-faringitis-sakit-tenggorokan-gejala-penyebab-dan-cara-penanganannya

http://www.alodokter.com/faringitis

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>