Cat Scratch Disease

oie_fmA1S027yXiS

Hai semua, artikel yang akan tcm kongsikan pada hari ini adalah berkenaan dengan sejenis penyakit yang dikenali sebagai “Cat Scratch Disease (CSD)”. Walaupun terdapat ‘cat’ di dalam nama penyakit ini, penyakit ini bukanlah menyerang kucing kesayangan anda. Akan tetapi, ianya dapat menyerang manusia. Selain daripada cakaran, penyakit ini juga berkaitan dengan gigitan dan jilatan daripada kucing.

 

Dua Kategori CSD

1. Typical CSD : Benjolan bersaiz kecil kelihatan setelah beberapa hari dicakar atau digigit. Benjolan tersebut dikenali sebagai ‘inoculation lesion’. Pembengkakan kelenjar limfa terutamanya di ketiak, kepala dan leher. Biasanya ia akan muncul setelah 1-3 minggu kejadian dicakar.

2. Atypical CSD : ‘Bacillary angiomatosis’ merupakan sindrom yang sering terlihat pada individu yang mengalami gangguan sistem imun. Luka menjadi semakin teruk, dan mengalami gejala seperti demam panas, peluh sejuk, hilang selera makan dan muntah serta berat badan menurun.

 

Faktor Penyebab CSD

Penyebab kepada penyakit ini adalah disebabkan oleh bakteria Bartonella henselae dan mikroorganisme. Ianya dapat ditemui diseluruh dunia. Secara kebiasaanya penyakit ini terjadi pada kanak-kanak dan remaja yang berumur 17 tahun dan ke bawah. Dan dari semua kes yang direkodkan tersebut, kebanyakkannya adalah berpunca daripada anak kucing.

Walaupun begitu, kucing dewasa juga berpotensi menyebabkan penyakit ini.

 

Gejala-Gejala CSD

  • Kulit di kawasan pembengkakan terasa keras dan tidak elastik ketika disentuh
  • Kelenjar limfa mengalami pembengkakan tanpa sebab
  • Mengalami demam yang berpanjangan dan berpeluh ketika tidur
  • Pembengkakan menjadi semakin teruk dalam 2-4 minggu
  • Berat badan turun tanpa sebab yang jelas

 

Penyebaran CSD

CSD merupakan jangkitan yang berasal daripada bakteria yang disebarkan melalui cakar kucing. Jangkitan tersebut seterusnya akan tersebar pada kelenjar limfa yang berada dekat dengan luka cakar tersebut. Kelenjar limfa adalah sekumpulan tisu yang merupakan sebahagian daripada sistem imun tubuh badan yang berfungsi bagi melawan sebarang jangkitan.

 

Faktor Pendorong CSD

  • Membiarkan kucing menjilat luka di kulit anda
  • Memiliki dan bermain dengan kucing
  • Tidak menjaga kebersihan dengan baik

 

Tips Buat Pesakit CSD

Berikut dibawah tcm kongsikan beberapa tips yang boleh diikuti oleh pesakit CSD. Antaranya adalah seperti :

  • Makan atau minum ubat antibiotik yang diberikan oleh doktor
  • Elakkan daripada memegang sebarang haiwan yang tidak dikenali
  • Berehat sehingga sembuh daripada demam
  • Perhatikan luka cakaran sekiranya terdapat sebarang tanda jangkitan

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=penyakit%20cat%20scratch%20disease

https://hellosehat.com/penyakit/cat-scratch-disease/

https://vet02ugm.wordpress.com/2012/09/21/cat-scratch-disease-csd/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>